Followers

Wednesday, December 31, 2008

Nik Aziz - Undi Pas-DAP Dapat Pahala ???


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta menjelaskan kedudukan orang Melayu yang menyokong DAP sedangkan ia secara terang-terangan menentang Islam. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, jika Menteri Besar Kelantan itu boleh mengeluarkan 'fatwa' sesiapa mengundi Pas mendapat pahala daripada Allah, maka beliau perlu menjelaskan kedudukan orang Melayu yang menyokong parti bukan Islam.

Beliau menegaskan, jika orang Melayu menolak Barisan Nasional (BN) berdasarkan 'fatwa' itu, bagaimana pula kedudukan orang Melayu di negeri lain yang menyokong DAP dan parti bukan Islam lain. Jelasnya, Nik Abdul Aziz perlu berbuat demikian bagi mengelakkan kekeliruan kerana selagi penjelasan itu tidak dibuat, maka 'fatwa' beliau mengenai dosa dan pahala terbukti semata-mata bertujuan untuk memancing undi.

''Saya fikir kenyataan Menteri Besar Kelantan itu tidak mungkin boleh mempengaruhi pengundi Melayu di sini kerana mereka semua tentunya berniat baik, mengundi BN kerana inginkan kebaikan dan kesejahteraan. ''Apakah mengundi BN mendapat dosa? Beliau harus buat penjelasan berhubung Melayu yang menyokong DAP," katanya selepas menziarahi penghuni Rumah Pangsa Seri Kolam di sini hari ini.

Beliau yang juga calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang mendakwa mana-mana pengundi yang mengundi Pas akan mendapat pahala daripada Allah.

Wan Ahmad Farid mempersoalkan adakah berdosa jika masyarakat Melayu mengundi BN yang sentiasa melaksanakan pelbagai program untuk kebaikan dan kesejahteraan umat.

''Apakah mereka yang menyokong kerajaan BN yang ternyata banyak melaksanakan pembangunan, sekolah, masjid dan kemudahan lain itu berdosa hukumnya," ujarnya. Menurutnya, beliau tidak hairan dengan 'fatwa' berkenaan kerana pemimpin Pas sering mengeluarkan fatwa menjelang pilihan raya.

''Yang anehnya fatwa menghukum hanya dikeluarkan kepada Melayu di Kuala Terengganu tetapi di negeri lain tidak".

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

5 comments:

Anonymous said...

Ajaibnya Nik Aziz....boleh jadi broker dosa dan pahala...

guane too said...

salam...

bertuahnya malaysia ada seorang tok guru semacam nik aziz,,,

dah banyak ke kitab yang setaraf kitab2 pemikir islam terulung dunia yg dihasilkan oleh tok guru nik aziz ni???/

guane too said...

nik aziz adalah seorang manusia yang bercita2 tinggi nak jadi perdana menteri malaysia.../

Anonymous said...

Tidak kira mengundi sesiapa kita tetap mendapat pahala. Yang penting niatnya kerana Allah swt dan kepentingan masyarakat. Walaupun dengan terdetiknya niat yang baik sudah dijanjikan olah Allah swt pahala untuk hamba2Nya.

http://pemimpinmuda.malayaonline.com/?p=47

shahboy said...

Apakah dengan mengundi sejenis Kafir yang bernama Kafir Harbi juga kita akan mendapat pahala sedangkan Kafir Harbi merupakan Kafir yang menolak Negara Islam dan Hukum Islam... Saya juga sempat belajar bab Kafir Harbi dengan Tok Ayah Pa ( Pengasas Pondok Pasir Tumbuh )... bolehlah siapa siapa tolong perjelaskan kepada saya yang masih mencari ini...

Karpal Singh - Singh Is King

Karpal Singh - Singh Is King
mamat ni dah nyanyuk dah.. emm jalan pun dah tak boleh dah.. ada hati nak jadi KING... Samdol ada la.. Muka mcm Dogong Afrika ada pulak keinginan nak jadi King... Baduwa Rascall.... !!!

Wild Dogs !!!!

Wild Dogs !!!!
Memang Bahaya, Memang Liar dan Sememangnya GANAS!!!! ( Kurap pun ada)

DRAGONBALL MALAYSIA

DRAGONBALL MALAYSIA

ROAD TO BUKIT SEMALBAU

ROAD TO BUKIT SEMALBAU
kini filem terbaru arahan Anwar Baba yang memaparkan kisah kehidupan haiwan di Bukit Selambau. Mereka seronok berada di sana sehinggalah kedatangan BaBi ( suara latar Tressa Kok) yang cuba untuk merampas kuasa Singa ( suara latar Anwar Ibrahim) dan mahu menjadi raja di kawasan Bukit Selambau itu. Apakah kesudahannya??? marilah sama-sama kita saksikanya di pawagam yang berdekatan