
( Karpal Singh mempertahankan tidak akan tertubuhnya negara Islam jika Pakatan Rakyat memerintah negara Malaysia)SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

( Karpal Singh mempertahankan tidak akan tertubuhnya negara Islam jika Pakatan Rakyat memerintah negara Malaysia)
KEMUNCULAN bulan Muharam pada tahun ini bermakna umat Islam telah memasuki tahun baru Hijrah 1430. Sejarah mencatatkan bahawa peristiwa hijrah ini amat besar ertinya bagi perjuangan Rasulullah khususnya, dan umumnya kepada seluruh umat Islam. Peristiwa ini juga bertujuan merubah strategi perjuangan Nabi SAW. dalam menegakkan syiar Islam.
Perjuangan menegakkan akidah umat Islam di negara ini harus dihadapi dengan perjuangan dan keyakinan bahawa Allah swt sentiasa bersama dengan kita. Ini bukan bererti Allah bertempat, berjihad (berpihak) sebagaimana fahaman kumpulan bidaah. Al-Quran sendiri menjelaskan bahawa ketika saat hijrah Rasulullah ia adalah satu kemenangan walaupun ketika itu pada pandangan kita kemenangan itu belum dicapai.
SedAR LaH Org MeLAyu!!!
Body: Renung-renungkan lah
paklah tertekan.
pembangkang menekan...
melayu same melayu bermusuhan..
cina n india bertepuk tangan...
nak takluk malaysia da lama dorang idamkan...
hak bumiputera bukan lagi satu keistimewaan....
cina ngan india dah jadik johan!
PKR mengganas...
anwar kuarkan idea 'bernas'...
orang umno hati panas...
MCA n MIC pandai nak kipas...
DAP tetap pilihan cina n india yang teratas...
dorang sokong PKR tu ader 'nas'...
pernah satu tmpt dimana ahli parlimen cina berkata...
saya luar saja BN..dalam hati DAP juga..
kenapa melayu buta mata?
gaduh je yang dorang suke..
kenapa?.....nak tunjuk yang korang berkuasa?
padehal negara di hujung nyawa..
bumiputera dinafikan hak sekeras-kerasnya..
itu ke yang orang melayu suka?
demonstrasi sini sana ...
bikin kacau bilau satu negara.....
cina india duduk rumah gelak2 tgk brita...
betapa orang melayu pun dah tak sekuat mana..
mane melayu di masa muka?
anak cucu korang gak yang jadi mangsa..
di perak satu hal..
cina diberi tanah hak milik kekal...
di mana undang2 tubuh negeri perak tak pnh melakukan perkara sebegitu yg tak masu k akal...
skrg melayu yg rugi n tertinggal...
MB pun satu...rujukla org2 atau undang2 yan g dah dibekal...
jangan buat keputusan yan g tak masuk akal...
semate2 nak tunaikan janji mase plihanraye yg dah terlafaz..
cina india otak bijak..
skarang dorang sokong la PAS n PKR, lepas krajaan da jatuh,dorang akan pijak!
kalau anwar jadi perdana menteri..
jika ditakdirkan tuhan keesokkannyer dier mati...
sape yan g akan mengganti?
ahli tertinggi PKR, cina dan india sedia menanti...
orang melayu yan g bijak n pandai n yg kuat PKR kan semua dah kuar parti...
last2 cina india jadi perdana menteri..
hak melayu slama-lamanya dinafi..
di malaysia melayu jadi kuli..
cina india suke hati lagi..
ha melayu...nak sengih lagi?
ade hati nak demonstrasi lagi?
mase tu sape pun tak pduli
pade dorang...lbih baik mlayu mati..
skarang cina india tgh menanti..
paklah undur,najib jadi pengganti...
tapi bila najib jadi perdana menteri..
cina /india dah buat prangkap lagi...
najib akan terjerat oleh skandal sendiri...
tyme ni cina n india hentam najib sparuh mati..
hentaman ini akan berlaku dikala krajaan blom tetapkan penerus generasi perdana menteri...
krajaan pade mase itu takkan dihormati...
peristiwa 13 mei akan berlaku lagi...
ha melayu...gelak la lagi..
bergaduh la sesame sendiri...
tak mustahil org melayu malaysia akan jadi spt org melayu di singapura...
disekat keistimewaan di mana2..
terabai seperti bangkai bernyawa..
SEDARLAH ORANG MELAYU...
TAK GUNE BERMUSUHAN ANTARA PARTI..
TAK K ISAHLA BN K E...PAS KE...
TOLONG LA BERSATU PADU..
NI BUKAN PASAL ISLAM SHJ...TETAPI PASAL MARUAH BANGSA..
PKR TU BONEK AJE..
CINA INDIA SOKONG PUN SBB UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI...
TOLONG LA BUKAK MATE SKET!!!
TAKYAH LA NAK GULING KAN KERAJAAN...
F I KIR LA SKET NASIB MELAYU..
DAH LA PEMERINTAH DAHULU PENAT2 NA K DPTKAN KEMERDE KAAN TANAH MELAYU... ORANG MELAYU ...NAME PUN TANAH MELAYU OII...
SEDARLAH SI KIT...
SAPE YANG NAK BELA MELAYU KALAU BUKAN ORANG MELAYU?
SAPE????????
CINA N INDIA BUKANNYE NAK BELA ORANG MELAYU... KORANG JE Y ANG TERHARAP2...
MELAYU AKAN BELA MELAYU..
TAK KESAH LA BETAPA TERUKNYE DIRI DIER...TERUKNYE PERSONALITI DIER..
JAUH DI SUDUT HATI..TETAP ADE RASE TANGGUNGJWB PD ORG MELAYU..
SEDARLA.....
FIKIR SKET ANAK CUCU...JANGAN FIKIRKAN KITE JE..
TOLONG SEBARKAN PADA SEKALIAN ORANG MELAYU...
SLMT KAN MARUAH MELAYU..
UBAHLAH SEKARANG....
PAS ATAU UMNO ATAU PKR DAH LAA....
BERSATU LAAA ORANG MELAYU...
DEMI ANAK -ANAK DAN CUCU....
SALAM ///
Pendirian kepimpinan Singapura yang menegaskan republik itu belum bersedia memilih Perdana Menteri bukan Cina dalam tempoh terdekat menunjukkan penduduk negara itu sebenarnya bersikap realistik terhadap politik majoriti dan perkauman. Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, berdasarkan pendirian itu, seluruh rakyat Malaysia juga seharusnya menerima hakikat bahawa majoriti yang memegang tauliah politik di negara ini ialah orang Melayu. Menurut Rais, sejak tertubuhnya UMNO yang menjadi tulang belakang politik Malaysia pada 1946, orang Melayu merupakan kaum yang mempunyai kuasa politik terbesar.( Singapura tidak pula dikatakan Rasist kerana orang Cina sahaja layak menjadi PM Singapura )
‘‘Perdana Menteri Singapura (Lee Hsien Loong) sendiri mengakui belum sampai masanya orang Melayu (di Singapura) menjadi Perdana Menteri. Di Malaysia, inilah juga hakikat yang perlu dilihat.
‘‘Saya berani katakan bukan Melayu pun belum sampai masanya menjadi Perdana Menteri di Malaysia dan ia tidak akan menjadi kenyataan sebab majoriti tenaga politik di sini ialah Melayu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Calon Naib Presiden UMNO itu ditanya pandangannya mengenai kenyataan Hsien Loong bahawa Singapura yang mempunyai penduduk berbilang kaum berjumlah lebih 3.5 juta orang belum bersedia memilih Perdana Menteri bukan Cina dalam tempoh terdekat. Hsien Loong membuat kenyataan tersebut kelmarin semasa dialog dengan anggota masyarakat Melayu di republik itu sebagai menjawab soalan sama ada pemilihan Barack Obama sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS) bermakna anggota kaum minoriti di Singapura turut berpeluang menjadi Perdana Menteri. Rais yang merupakan pakar Perlembagaan Persekutuan berkata, hakikat bahawa orang Melayu adalah pemegang kuasa politik Malaysia tidak boleh dilenyapkan begitu sahaja.
Kata beliau: ‘‘Pihak-pihak lain mesti akur dengan apa yang telah diehsankan oleh kontrak sosial.
‘‘Kita sudah ehsankan hak-hak mereka (kaum-kaum lain), maka tidak harus ada pihak yang seolah-olah bersikap buta tuli tentang perkara-perkara sensitif yang harus dilenyapkan hanya semata-mata kerana mereka menjangkakan UMNO telah lemah ketika ini.”
Kemenangan Obama di AS mencetuskan analisis politik di kalangan pihak tertentu di negara ini sehingga ada suara pemimpin bukan Melayu yang mahukan bukan Melayu diberi peluang menjadi Perdana Menteri. Khamis lalu, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, sudah sampai masanya bagi rakyat Malaysia membebaskan diri mereka daripada belenggu isu perkauman. Dengan mengambil Obama sebagai contoh, Tee Keat berkata: ‘‘Sedihnya di Malaysia, kita masih berbalah dalam soal remeh berhubung pelantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).”
( Ong masih lagi lemah didalam sejarah dan perbentukkan negara Malaysia.. Balik buka buku sejarah lah.. tgk siapa yang memperjuangkan Malaysia.. Orang cina ker??? )
Tindakan kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS dipersoalkan banyak pihak kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi bumiputera.
SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Isteri Raja Petra, Mable @ Marina Lee, dan dua orang anak perempuan mereka, Suraya 34, dan Sarah, 19, serta kaum keluarga kelihatan menangis dan berpeluk-pelukan sebaik hakim membuat keputusan itu. Beberapa penyokongnya yang berada di mahkamah bertepuk dan bersorak. Raja Petra diwakili oleh Malik Imtiaz Sarwar, Ashok Kandiah dan Azhar Azizan Harun, dan pendakwaan dilakukan oleh Peguam Kanan Persekutuan Abdul Wahab Mohamad.
KUALA LUMPUR 6 Nov. - Dua ahli Parlimen pembangkang hari ini diperintah keluar daripada sidang Dewan Rakyat selepas menimbulkan kekecohan kerana membantah keputusan Yang Dipertua, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang meminta mereka duduk ketika sesi penggulungan peringkat jawatankuasa berlangsung.
Ahli Parlimen terlibat ialah Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) dan Chong Chien Jen (DAP-Bandar Kuching).
Po Kuan sebelum itu membuat bantahan dan mempertikaikan tindakan Pandikar Amin yang didakwanya tidak memberi peluang kepadanya untuk bangun mencelah bagi mendapat penjelasan atau berbahas walaupun telah bangun berdiri sejak semalam lagi.
‘‘Saya telah banyak kali bangun tetapi tidak diberi peluang oleh Yang Dipertua,” katanya dalam nada meninggi suara kepada Pandikar Amin ketika Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Bajet 2009 bagi Jabatan Perdana Menteri.
SHAHBOY
Menurut baginda, Raja-raja memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan juga memberi pengiktirafan dan perlindungan kepada warga pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya.
"Persefahaman dan persetujuan yang telah termaktub dalam kontrak sosial berkenaan telah membolehkan negara mencapai kejayaan, kemajuan, keharmonian dan kestabilan," titah baginda di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini selepas dipersembahkan satu memorandum oleh Gabungan Melayu Perak.
Hampir 2,000 wakil dari pertubuhan bukan kerajaan, ahli persatuan silat dan persatuan seni dari seluruh Perak dan Kuala Lumpur, yang diketuai pengerusi gabungan itu Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail, menyertai perarakan aman yang bermula dari Masjid Ubudiah ke istana bagi menyerahkan memorandum itu.
Dalam titah tersebut, baginda mahu rakyat menghentikan segera tindakan politik keterlaluan berhubung kedudukan dan kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain.
Baginda bertitah kebajikan rakyat yang telah memilih kerajaan hendaklah diutamakan dan keamanan negara serta kerukunan rakyat tidak harus dikorbankan semata-mata disebabkan oleh perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.
"Jika berlaku kesilapan dan kegelinciran di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan. Dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka ini tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali.
"Perbuatan demikian jika tidak dihentikan, dibimbangkan akan mengguris hati dan emosi orang Melayu," titah baginda.
SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

(Cubaan terbaru Anwar supaya kredebiliti Najib bakal dipertikaikan oleh rakyat Malaysia. Adakah agenda Anwar kali ini akan berjaya??)
(Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada sidang media selepas menggulung Perbahasan Bajet 2009 bagi Kementerian Kewangan di Parlimen, semalam.)

(PROTES... Sebahagian ahli Gabungan Graduan Melayu Muda mengadakan demonstrasi selepas saman difailkan terhadap Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan kerajaan negeri berhubung isu papan tanda pelbagai bahasa di Georgetown, semalam)PULAU PINANG 4 Nov. – Ahli Exco Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Nik Rizman Sapian hari ini memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung tindakannya meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memasang papan tanda pelbagai bahasa di kawasan tapak warisan di Georgetown.
Nik Rizman yang juga seorang akauntan memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Sahrihan & Hamdan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, hari ini. Beliau yang bertindak sebagai plaintif menamakan MPPP sebagai defendan pertama manakala kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai defendan kedua.
Nik Rizman menuntut deklarasi mahkamah bahawa tindakan defendan kedua meluluskan permohonan defendan pertama untuk memasang tanda nama jalan raya dalam pelbagai bahasa bagi kawasan Georgetown adalah bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Beliau juga menuntut injunksi bagi menghalang defendan pertama atau wakilnya daripada memasang papan tanda tersebut.
Mengikut pernyataan tuntutan, Nik Rizman mendakwa sebagai seorang warganegara, beliau bertanggungjawab untuk memelihara dan mempertahankan setiap peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara. Dakwa plaintif, selepas membaca laporan akhbar, laman web dan blok mengenai perkara itu, beliau merasa amat terganggu dan tersinggung dengan permohonan yang dibuat oleh defendan pertama dan dengan keputusan yang dibuat oleh defendan kedua.
Kata plaintif, keputusan tersebut adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Plaintif pada 30 Oktober lalu telah menghantar notis tuntutan kepada defendan-defendan berkenaan menuntut agar membatalkan keputusan untuk memasang papan tanda tersebut. Bagaimanapun, defendan-defendan didakwa telah mengabaikan tuntutan yang dibuat itu. Sehubungan itu, plaintif menuntut supaya injunksi bagi menghalang defendan pertama atau wakilnya daripada memasang papan tanda berkenaan, selain kos dan lain-lain relif yang sesuai oleh mahkamah. Sementara itu, Pengerusi GGMM, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, gabungan yang terdiri daripada golongan profesional itu memfailkan saman kerana kerajaan Pulau Pinang seolah-olah tidak menghormati bahasa Melayu.
‘‘Selepas mengkaji dari semua aspek, kami mendapati peluang adalah sama rata. Justeru, tidak ada salahnya mencuba kerana ia lebih baik daripada hanya melaung-laungkan perasaan tidak puas hati tetapi tidak berbuat apa-apa,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata, tindakan mereka itu untuk menunjukkan bahawa perkara yang sudah termaktub dalam perlembagaan terutama membabitkan kaum Melayu tidak boleh sesekali dicabar. Katanya, gabungan itu melambangkan bahawa golongan Melayu muda tidak akan berdiam diri dan akan mencabar sesiapa saja di mahkamah.
‘‘Inilah generasi Melayu baru yang akan mempertahankan hak yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Jadi, jangan sesekali mencabar kaum Melayu dan perlembagaan,” katanya.
Seramai 200 ahli GGMM dari beberapa negeri termasuk Johor, Perak dan Selangor berkumpul di Padang Kota Lama, sebelum berarak kira-kira 200 meter ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
( Anwar Gagal Dalam Cubaannya Untuk Memburukkan Dato Seri Najib)KUALA LUMPUR 2 Nov. - Lebih 30 ahli UMNO Bahagian Kajang mengadakan demonstrasi aman di pintu masuk Plaza Tol Kajang di sini pagi ini. Perhimpunan kira-kira pukul 9 pagi itu bertujuan membantah tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi selaku Pemangku Pengurus Besar perbadanan tersebut.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Sakaruddin Che Mood ketika dihubungi berkata, demonstrasi itu dilakukan ekoran rasa tidak puas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau berkata, seramai 15 anggota ditempatkan di sekitar kawasan tol tersebut bagi mengawal keselamatan orang awam.
"Bagaimanapun, kesemua mereka bersurai kira-kira dua jam kemudian dan tiada sebarang tangkapan mahupun insiden yang tidak diingini berlaku," jelasnya.
SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
KEMAMAN 1 Nov. _ Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Kata Abdul Hadi, sebagai sebuah negeri yang majoriti penduduknya orang Melayu dan beragama Islam, sistem pentadbiran sepatutnya diterajui oleh kaum tersebut.Sehubungan itu, beliau akan meminta penjelasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung pelantikan Siew Moi itu.
‘‘Secara umum apa yang saya dapat katakan pemerintahan dan pentadbiran negara mestilah diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam.
“Saya tidak boleh komen lebih-lebih kerana perlu meminta penjelasan daripada rakan-rakan kami di Selangor terlebih dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Ijtimak Kepimpinan Pas Terengganu di bandar Chukai di sini, hari ini.
Isnin lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pelantikan Siew Moi yang sepatutnya bersara tahun ini tetapi dilanjutkan tempoh persaraannya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh setahun bagi mengambil alih tugas Pengurus Besar PKNS sekarang, Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini. Ekoran keputusan itu, enam persatuan kakitangan PKNS menyerahkan memorandum kepada Abdul Khalid dan mendesaknya menarik balik pelantikan Siew Moi itu kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan sosial dan ekonomi bumiputera.
Abdul Hadi berkata, Pas tidak boleh membuat sebarang pendirian berhubung keputusan yang dibuat oleh PKR di Selangor. Menurutnya, pelantikan Siew Moi hanya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS yang menjalankan tugas-tugas pengurus besar agensi itu.
“Jawatan Pengurus Besar itu masih belum sah dimiliki sepenuhnya oleh Siew Moi,'' jelasnya.
Beliau berkata, isu pelantikan orang bukan Melayu itu juga bukan merupakan perkara dasar pentadbiran di Selangor kerana ia hanya melibatkan sebuah organisasi.
SHAHBOY

Pada 4 Jun 2008, harga minyak naik RM0.78 satu liter. Hari ini harganya adalah RM2.30 seliter, turun RM0.48 seliter berbanding harga pada 4 Jun lalu. Ketika kenaikan minyak dibuat pada 4 Jun 2008, ramai yang tidak bersetuju alasan kenaikan harga global sebagai punca kenaikan minyak. Sedar atau tidak, kini ramai pula orang yang faham bahawa harga minyak tempatan perlu turun disebabkan harga global turun. Pada awalnya dulu tidak faham, tetapi sekarang semuanya seakan sudah faham nampaknya mengapa harga itu naik dan turun. Bila dapat rebet, semua ambil. Esok, minyak mungkin akan turun lagi. Harga barang sukar hendak turun. Kuasa berada itu berada di tangan pengguna. Gunakan kuasa itu dengan baik.
DATUK Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika mengadakan sidang akhbar di Ibu pejabat PKR, kelmarin. Turut kelihatan, Lim Kit Siang (kiri) dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Foto Reuters |
Penasihat PKR penting diri, tak bermoral: Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Pemimpin Barisan Nasional (BN) mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan pelbagai alasan yang diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penangguhan hasrat Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan esok.
Pembentukan kerajaan baru seperti yang dicanangkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu selama ini, memang tidak berasas dan tidak mungkin dapat dilaksanakan. Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tindakan Anwar itu sebenarnya satu pembohongan dan tidak bermoral.
"Jelas, Anwar hanya mementingkan diri sendiri tanpa menghormati amalan demokrasi di negara ini," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Muhyiddin yakin Anwar akan terus gagal dalam usahanya menubuhkan kerajaan menerusi pintu belakang, walaupun beliau meminda tarikhnya beberapa kali.
"Anwar sudah hilang kredibilitinya sebagai seorang ahli politik berwibawa. Cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri hanya akan menjadi Mat Jenin," katanya.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula berkata BN sejak dulu lagi yakin dengan keutuhan gabungan itu kerana ia dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.
"Anwar saja yang gila hendak menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang dengan cubaan membeli Ahli Parlimen BN. Ia tidak demokratik serta memalukan sehingga menyebabkan negara berada dalam keadaan yang tidak stabil," katanya.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz berharap rakyat tidak tertipu lagi dengan permainan politik kotor Anwar.
"Ini kali ketiga Anwar menipu rakyat apabila memberi pelbagai alasan untuk menangguhkan impian kosongnya." katanya.
| Tan Sri Muhyiddin Ya |