Followers

Friday, November 7, 2008

Raja Petra Dibebaskan Hari Ini

Blogger Raja Petra Kamaruddin

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, daripada penahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) setelah membenarkan permohonan habeas corpusnya. Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata walaupun Seksyen 8 ISA selaras dengan Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan tetapi dalam kes ini alasan penahanan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar tidak termasuk dalam skop Seksyen 8 akta itu.

Beliau mengarahkan agar Raja Petra, 58, yang kini berada di Kem Tahanan Kamunting, Taiping, sejak 12 September lalu, dibawa ke mahkamah sebelum jam 4 petang ini bagi urusan pembebasannya.Raja Petra telah memohon writ habeas corpus bagi mendapatkan pembebasan dirinya daripada penahanan mengikut ISA dengan alasan bahawa penahanannya tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan. Beliau menamakan Syed Hamid sebagai responden.

Isteri Raja Petra, Mable @ Marina Lee, dan dua orang anak perempuan mereka, Suraya 34, dan Sarah, 19, serta kaum keluarga kelihatan menangis dan berpeluk-pelukan sebaik hakim membuat keputusan itu. Beberapa penyokongnya yang berada di mahkamah bertepuk dan bersorak. Raja Petra diwakili oleh Malik Imtiaz Sarwar, Ashok Kandiah dan Azhar Azizan Harun, dan pendakwaan dilakukan oleh Peguam Kanan Persekutuan Abdul Wahab Mohamad.

Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, yang turut diberkas mengikut ISA pada hari yang sama dengan Raja Petra, telahpun dibebaskan sebelum ini. Artikel 149 Perlembagaan merujuk antara lain kepada kesalahan menyebarkan perasaan permusuhan antara kaum dan yang mendatangkan mudarat kepada ketenteraman awam. Seksyen 8 (1) ISA pula menetapkan bahawa seseorang itu boleh ditahan selama dua tahun mengikut arahan menteri.

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

No comments:

Karpal Singh - Singh Is King

Karpal Singh - Singh Is King
mamat ni dah nyanyuk dah.. emm jalan pun dah tak boleh dah.. ada hati nak jadi KING... Samdol ada la.. Muka mcm Dogong Afrika ada pulak keinginan nak jadi King... Baduwa Rascall.... !!!

Wild Dogs !!!!

Wild Dogs !!!!
Memang Bahaya, Memang Liar dan Sememangnya GANAS!!!! ( Kurap pun ada)

DRAGONBALL MALAYSIA

DRAGONBALL MALAYSIA

ROAD TO BUKIT SEMALBAU

ROAD TO BUKIT SEMALBAU
kini filem terbaru arahan Anwar Baba yang memaparkan kisah kehidupan haiwan di Bukit Selambau. Mereka seronok berada di sana sehinggalah kedatangan BaBi ( suara latar Tressa Kok) yang cuba untuk merampas kuasa Singa ( suara latar Anwar Ibrahim) dan mahu menjadi raja di kawasan Bukit Selambau itu. Apakah kesudahannya??? marilah sama-sama kita saksikanya di pawagam yang berdekatan