Ahli Parlimen Jelutong, Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP tersungkur selepas kerusi roda yang diusung pembantunya hilang imbangan ketika menaiki tangga di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.
Keadaan itu menimbulkan sedikit kekecohan kerana keadaan tangga bangunan mahkamah itu yang sempit dan dipenuhi dengan lebih 20 penyokongnya yang mengiringinya ke kamar Mahkamah Tinggi di tingkat satu bangunan itu.
Karpal mengetuai pasukan peguam yang mewakili syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd bagi kes permohonan kerajaan negeri untuk menangguhkan perintah mandamus oleh Mahkamah Tinggi, Isnin lalu, yang mengarahkan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob membayar RM63 juta kerana melanggar kontrak perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan pada pertengahan 2000.
Itu lah akibatnya kalau tak serik2 lagi tak tau la apa nak jadi, tuhan baru je bagi ujian kecil, nasib baik jatuh tangga tak tinggi.. kalau buat jahat lagi nanti tuhan kasi lagi teruk baru tau!!!
Shahboy
Naib Presiden 1 Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)