Followers

Friday, July 25, 2008

DAP tidak hormati tulisan Jawi

(Gambar 1: Teresa Kok menunjukan rasa tidak puas hati kepada tulisan jawi di Jalan Taman Seputeh). Teresa Kok bersama dengan sekumpulan penyokong DAP telah membantah cadangan DBKL untuk menulis jalan jalan di Kuala Lumpur dengan tulisan Bahasa Malaysia dan Jawi pada 14 Februari 2008. Teresa complaint tentang tulisan jawi ini sebelum dia membakar dan memanggang lima ekor Encik B selepas pilihan raya ke-12.

(Gambar 2:Teresa Kok sekali lagi menunjuk pada tulisan jawi di Jalan Taman Tan Yew Lai). Apakah tulisan jawi itu sesuatu yang dianggap racist juga?

(Gambar 3: Teresa Kok bersama dengan tiga orang lagi ahli parlimen DAP menunjukkan cadangan nama jalan dalam Bahasa Malaysia, Cina dan India dan diserahkan kepada En Shaari (PA kepada Datuk Bandar KL). Tiada lagi tulisan jawi). Mengapa mereka tidak suka sangat pada tulisan jawi?

Pada 24 Julai, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang) berkata kerajaan negeri PKR dan DAP di Pulau Pinang bersedia menunaikan janji melabelkan jalan dengan bahasa tambahan, selain bahasa kebangsaan di Pulau Pinang. Nama jalan akan dibuat sebagaimana cadangan Teresa Kok pada 14 Februari 2008. Mengapa benci benar DAP pada tulisan jawi? Soal bahasa ini sudah termaktub dalam perlembagaan, jadi mengapa DAP cuba laksanakan perkara ini di Pulau Pinang?. Sedikit demi sedikit, mereka menghimpit dan cuba menenggelamkan identiti orang Melayu. Mungkin kerana logo UMNO itu bertulisan jawi, sebab itulah agaknya DAP benci benar pada UMNO. Apakah orang Melayu dalam PKR hendak bersekongkol sama dengan tindakan DAP ini? Atau ingin mengikut jejak Dr Mujahid Yusof Rawa membantah tindakan DAP ini.

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Thursday, July 24, 2008

AGENDA JAHAT ANWAR SEMAKIN KETARA??


Kes LIWAT ANWAR dan SAIFUL kini semakin panas dan rasanya bagaikan tiada jalan penghujungnya. Pelbagai spekulasi telah timbul ekoran keengganan ANWAR memberikan kerjasama bagi membolehkan DNAnya di ambil. Aku memang tak paham apa sebenarnya agenda ANWAR yang sentiasa mendapat tunjuk ajar dari peguam “GAGAK” di sekelilingnya.

Walau apa pun spekulasi yang ditimbulkan , yang pastinya, kita dapat lihat bagaimana ANWAR cuba memecah belahkan keharmonian yang telah dikecapi oleh rakyat selama ini. Lihatlah bagaimana dia dan ‘GAGAK’nya memperlekehkan pasukan PDRM dan pihak HKL dengan keengganannya di ambil specimen DNA bagi tujuan melancarkan penyiasatan pasukan Polis. Tindakannya memperkecilkan kepakaran Doktor di HKL yang telah mengakui akan bertindak secara profesional turut amat dikesali.

Apakah sudah tidak ada siapa-siapa lagi yang dia percayai di MALAYSIA ini. Bagaimana kalau dia akan memerintah nanti??.. apakah Pasukan Polis akan dibubarkan dan digantikan dengan Pasukan Polis baru yang terdiri dari ahli PKR??. Apakah semua peguam, Doktor pakar akan ditukarkan disebabkan tindakannya tidak mempercayai kredibiliti mereka?

Lihatlah betapa telusnya kerajaan MALAYSIA , apabila PAK LAH sendiri memberikan persetujuan bahawa KETUA POLIS NEGARA dan PEGUAM NEGARA akan dikecualikan dari terlibat dalam kes LIWAT ini. Masih ada apa lagi alasan untuk ANWAR menolak dari diambil DNAnya. Kalaulah dengan persetujuan PAK LAH pun masih disangkal keikhlasn dan ketelusan pihak kerajaan menjalankan tanggungjawab. .. manusia jenis apakah ANWAR ini.

Berpijaklah di bumi yang nyata wahai ANWAR… Banyak cara lain yang boleh dilakukan… Kenapa banyak sangat helahnya untuk memberikan SPESIMEN untuk di buat ujian, sehinggakan menjadi tanda tanya kepada rakyat….. Apa yang terbayang oleh aku sekarang… Memang betullah dia seorang PELIWAT……
SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiawa Malaysia

"Faction Merah" vs "Faction Hijau" dalam Pakatan Rakyat

Karpal Singh (Pengerusi DAP), meminta pemimpin Pas memberi penjelasan kepada sekutu mereka, PKR dan DAP berhubung tiga pertemuan parti itu secara senyap dengan pemimpin UMNO. Karpal hairan mengapa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup membenarkan tiga pertemuan berkenaan diadakan sedangkan beliau pernah mendakwa Pas telah diketepikan oleh UMNO ketika menyertai Barisan Nasional (BN) sekitar tahun 1970-an dulu. "Nik Aziz pernah kata Pas tidak akan digigit oleh ular yang sama dari lubang yang sama untuk kali kedua. Tetapi amat mengejutkan kerana Nik Aziz boleh mengubah pendiriannya. "Oleh itu, sudah tiba masanya Nik Aziz memberi penjelasan mengenai tindakan mereka ini (pertemuan dengan UMNO). Sepatutnya Pas mengadakan pertemuan itu secara terbuka dan memberitahu kepada parti lain dalam pakatan pembangkang bagi mengelak prasangka buruk terhadap Pas," kata Karpal. Mungkin gigitan anjing lebih ditakuti oleh PAS. Mengapa Karpal menentang muzakarah? Pertemuan orang Melayu Islam dalam PAS dan seorang Melayu dalam PKR bernama Khalid Samad dengan UMNO amat bererti untuk perpaduan orang Melayu. Mengapa Karpal tidak suka muzakarah diadakan?
(Gambar: Kumpulan "Faction Hijau" yang dipimpin oleh Nik Aziz. Mereka dipinggirkan dalam Pakatan Rakyat? ) Biarpun Nik Aziz tidak hadir dalam ketiga tiga pertemuan tersebut, namun restu Nik Aziz ada bersama sama dengan kumpulan yang pergi atas dasar untuk menyampaikan mesej Islam. Malah dikhabarkan PAS akan ditawarkan jawatan sebagai MB di Selangor jika bersama kembali dengan UMNO. Perak khabarnya akan mendapat lebih ramai lagi Exco Melayu berbanding 6 orang Exco DAP seperti sekarang ini. Ketika muzakarah diadakan dengan UMNO, Husam Musa (Naib Presiden PAS) dilihat tidak berapa suka pertemua itu diadakan. Malah Husam menyatakan bahawa PM berniat untuk memecah belahkan pakatan pembangkang. Jika beginilah sikap Husam, maka Husam difikirkan tidak sesuai menggantikan tempat Tok Guru sebagai MB di Kelantan. Nampaknya Husam masih lagi bermentorkan Anwar Ibrahim dan cenderung ke arah kumpulan "Faction Merah" dalam pembangkang.

(Gambar: Kumpulan Faction Merah yang diketuai oleh Kit Siang dan Karpal amat tidak bersetuju dengan Muzakarah antara PAS dan UMNO.) "Faction Merah" boleh dikelaskan sebagai kumpulan yang lebih liberal dan multi racial. Kumpulan ini memang tidak kisah jika Dasar Ekonomi Baru dimansuhkan, persoalan hak bumiputera, subsidi, kuota dan ISA. Pertembungan antara Faction Merah dan Faction Hijau ini makin ketara setelah Guan Eng menolak cadangan pemerintahan Islam di negeri negeri Pakatan Rakyat oleh Dewan Pemuda PAS. Faction Hijau lebih mahukan kepentingan Islam dijaga dan dipelihara. Pertembungan inilah yang menyebabkan PAS sudah tawar hati untuk berdemonstrasi pada 6 Julai 2008 di Stadium Kelana Jaya. Bukan sekadar itu sahaja, PAS juga sudah tawar hati untuk berdemo membela Anwar Ibrahim pada 14 Julai di Parlimen dan 16 Julai di IPK, Kuala Lumpur.


(Gambar: Apakah dalam diam diam Anwar Ibrahim telah bermuzakarah dengan Kit Siang dan Guan Eng tanpa pengetahuan Haji Hadi dan Nik Aziz?). Dalam parlimen sendiri, ahli parlimen PAS dilihat sebagai ahli parlimen "second class" oleh Wan Azizah dan Kit Siang. Mereka hanya mengikut rentak yang dipalu oleh Kit Siang, Karpal, Gobind dan Azmin Ali. Pertembungan antara Faction Merah dan Faction Hijau dalam Pakatan Rakyat lebih ketara bila Haji Hadi (Presiden PAS) sudah tidak lagi mengiktiraf Anwar sebagai Ketua Pakatan Rakyat pada 12 Julai 2008. Apakah akan terbentuk kerajaan campuran baru di Selangor, Perak dan Kedah akibat pertembungan antara Faction Merah dan Faction Hijau ini?

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

kisah si sakit pinggang dan mamat bertopeng!!!!

(Gambar: Seorang bodyguard Anwar juga bertopeng. Mungkin untuk tujuan keselamatan dia menutup wajahnya. Jadi tidak salah polis bertopeng menahan Anwar pada 16 Julai lepas?.) Menurut Sankara Nair (Peguam Anwar Ibrahim) dalam Malaysiakini, 17 Julai 2008, Anwar mengadu sakit pinggang selepas dibebaskan dengan ikat jamin pada pagi 17 Julai 2008. Nampaknya sakit pinggang Anwar berulang lagi setelah membuat pembedahan di Munich, Jerman pada Oktober 2004. Setelah hampir 4 tahun Anwar tidak mengalami kesakitan tersebut tiba tiba sakit pinggang tersebut muncul semula. Benarkah Anwar benar benar sakit pinggang?
Lihatlah kembali bagaimana cergasnya Anwar berjoget bersama dengan Nallakaruppan dalam pilihanraya kecil di Ijok. Lihatlah kembali bagaimana aktifnya Anwar bernyanyi lagu “Ajijahku Sayang” dalam sebuah rancangan televisyen Indonesia pada tahun lepas. Lihatlah nyanyian tersebut di http://www.youtube.com/watch?v=8RYCao5pZ2U. Lihat juga bagaimana cergasnya Anwar dalam tahanan ketika mengadu sakit pinggang. Benarkah Anwar sakit pinggang? Atau ini satu lagi lakonan hebat Anwar?

Pada 18 Julai 2008, Anwar telah pergi berceramah di Jasin Melaka (http://www.youtube.com/watch?v=RLjqhP8tVe0). Tiada langsung kelihatan kesakitan pinggangnya berlaku. Menurut sumber dari Melaka, kehadiran Anwar ke Melaka ialah untuk mengatur orang orang Anwar masuk bertanding dalam organisasi UMNO Cawangan. Anwar mahu melihat Melaka ditawan setelah Negeri Sembilan hampir hampir jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Menurut sumber itu lagi, orang-orang Anwar yang akan bertanding di kebanyakan UMNO Cawangan di Melaka. Salah satunya ialah UMNO Cawangan Ramuan Cina Kecil. Mereka sudah pun menjemput wartawan asing untuk bersama sama mempromosikan sebuah program di sana pada 29 Jun lepas.

(Gambar: Apakah Anwar akan kembali memakai uniform ini kembali?) Benarkah Anwar sakit pinggang? Bukankah doktor luar negara dari Jerman sudah pun memberi rawatan yang terbaik kepadanya?. Anwar juga menyatakan bahawa kalau boleh laporan DNA mesti juga dianalisa oleh doktor dari luar negara. Jadi jangan hairan bila orang yang bernama Sean McCormack dan Tom Casey dari luar negara membela Anwar. Mengapa Anwar cuba mempertikaikan doktor tempatan? Jika doktor luar negeri bagus, Anwar yang mendapat rawatan sakit pinggang di Munich, Jerman tidak akan sakit pinggang lagi. Apa pula selepas ini? Lepas ini ada lagi arsenik, AIDS dan lebam lebam?

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Karpal Singh - Singh Is King

Karpal Singh - Singh Is King
mamat ni dah nyanyuk dah.. emm jalan pun dah tak boleh dah.. ada hati nak jadi KING... Samdol ada la.. Muka mcm Dogong Afrika ada pulak keinginan nak jadi King... Baduwa Rascall.... !!!

Wild Dogs !!!!

Wild Dogs !!!!
Memang Bahaya, Memang Liar dan Sememangnya GANAS!!!! ( Kurap pun ada)

DRAGONBALL MALAYSIA

DRAGONBALL MALAYSIA

ROAD TO BUKIT SEMALBAU

ROAD TO BUKIT SEMALBAU
kini filem terbaru arahan Anwar Baba yang memaparkan kisah kehidupan haiwan di Bukit Selambau. Mereka seronok berada di sana sehinggalah kedatangan BaBi ( suara latar Tressa Kok) yang cuba untuk merampas kuasa Singa ( suara latar Anwar Ibrahim) dan mahu menjadi raja di kawasan Bukit Selambau itu. Apakah kesudahannya??? marilah sama-sama kita saksikanya di pawagam yang berdekatan