(Gambar: Kumpulan "Faction Hijau" yang dipimpin oleh Nik Aziz. Mereka dipinggirkan dalam Pakatan Rakyat? ) Biarpun Nik Aziz tidak hadir dalam ketiga tiga pertemuan tersebut, namun restu Nik Aziz ada bersama sama dengan kumpulan yang pergi atas dasar untuk menyampaikan mesej Islam. Malah dikhabarkan PAS akan ditawarkan jawatan sebagai MB di Selangor jika bersama kembali dengan UMNO. Perak khabarnya akan mendapat lebih ramai lagi Exco Melayu berbanding 6 orang Exco DAP seperti sekarang ini. Ketika muzakarah diadakan dengan UMNO, Husam Musa (Naib Presiden PAS) dilihat tidak berapa suka pertemua itu diadakan. Malah Husam menyatakan bahawa PM berniat untuk memecah belahkan pakatan pembangkang. Jika beginilah sikap Husam, maka Husam difikirkan tidak sesuai menggantikan tempat Tok Guru sebagai MB di Kelantan. Nampaknya Husam masih lagi bermentorkan Anwar Ibrahim dan cenderung ke arah kumpulan "Faction Merah" dalam pembangkang.
(Gambar: Kumpulan Faction Merah yang diketuai oleh Kit Siang dan Karpal amat tidak bersetuju dengan Muzakarah antara PAS dan UMNO.) "Faction Merah" boleh dikelaskan sebagai kumpulan yang lebih liberal dan multi racial. Kumpulan ini memang tidak kisah jika Dasar Ekonomi Baru dimansuhkan, persoalan hak bumiputera, subsidi, kuota dan ISA. Pertembungan antara Faction Merah dan Faction Hijau ini makin ketara setelah Guan Eng menolak cadangan pemerintahan Islam di negeri negeri Pakatan Rakyat oleh Dewan Pemuda PAS. Faction Hijau lebih mahukan kepentingan Islam dijaga dan dipelihara. Pertembungan inilah yang menyebabkan PAS sudah tawar hati untuk berdemonstrasi pada 6 Julai 2008 di Stadium Kelana Jaya. Bukan sekadar itu sahaja, PAS juga sudah tawar hati untuk berdemo membela Anwar Ibrahim pada 14 Julai di Parlimen dan 16 Julai di IPK, Kuala Lumpur.
(Gambar: Apakah dalam diam diam Anwar Ibrahim telah bermuzakarah dengan Kit Siang dan Guan Eng tanpa pengetahuan Haji Hadi dan Nik Aziz?). Dalam parlimen sendiri, ahli parlimen PAS dilihat sebagai ahli parlimen "second class" oleh Wan Azizah dan Kit Siang. Mereka hanya mengikut rentak yang dipalu oleh Kit Siang, Karpal, Gobind dan Azmin Ali. Pertembungan antara Faction Merah dan Faction Hijau dalam Pakatan Rakyat lebih ketara bila Haji Hadi (Presiden PAS) sudah tidak lagi mengiktiraf Anwar sebagai Ketua Pakatan Rakyat pada 12 Julai 2008. Apakah akan terbentuk kerajaan campuran baru di Selangor, Perak dan Kedah akibat pertembungan antara Faction Merah dan Faction Hijau ini?
SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
No comments:
Post a Comment