Followers

Wednesday, July 1, 2009

Cerita Sebenar Di Sebalik Klip Video Memfitnah Datin Seri Rosmah Mansor.. Pendedahan Yang Berkepentingan??? (PART 2)

vb

Sejak akhir-akhir ini maka 'bertebaranlah' video klip Datin Seri Rosmah Mansor di dalam Internet yang para pelakonnya terdiri daripada beberapa wanita dan lelaki yang didakwa 'rapat' dan mempunyai talian darah dengan beliau. Dalam video tersebut Rosmah secara terang-terangan digambarkan sebagai 'wanita jahat dan berpuaka' yang mengamalkan ajaran sihir untuk menawan hati Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tak cukup dengan itu, Rosmah juga digambarkan sebagai ibu yang kejam kerana mengabaikan anak-anaknya serta kakak yang zalim kerana membuang adik kandungnya sendiri. Tetapi tahukah anda realiti dan kebenaran di sebalik semua tuduhan berat itu? Tahukah anda ia adalah sebahagian daripada strategi pihak tertentu untuk terus mencalitkan arang di muka Rosmah dan Najib setelah usaha sebelum ini untuk mengaitkan mereka berdua dengan kematian Altantuya gagal?

Tahukah anda dalam video klip berkenaan, para penonton telah ditipu hidup-hidup dengan fakta yang jauh menyimpang daripada keadaan yang sebenarnya?

Antara yang paling mengejutkan adalah pengakuan 'adik' Rosmah iaitu Rosmanuddin yang membuat pelbagai tuduhan dan fitnah liar termasuk melabelkan perkataan 'pembunuh' terhadap kakaknya sendiri. Setelah disiasat dan diselidiki, rupanya Rosmanuddin hanyalah anak angkat tetapi telah dianggap sebagai darah daging sendiri baik di pihak Rosmah mahu pun Najib. Rosmanuddin diserahkan oleh keluarga kandungnya kepada ibu bapa Rosmah seawal umur 12 hari lagi di dalam sebuah estet dengan masih berbalut kain batik.

Sejak itu Rosmanuddin disayangi dan dijaga bak menatang minyak yang penuh oleh keluarga Rosmah. Sampai satu tahap, disebabkan ketidakmampuannya memiliki kediaman sendiri, Rosmah membenarkan Rosmanuddin dan anak isterinya tinggal di rumah mereka. Oleh kerana itulah, kad pengenalan Rosmanuddin tercatat alamat kediaman Perdana Menteri di Jalan Langgak Duta. Tidak cukup dengan itu, Rosmah juga memberi sebuah apartment untuk keselesaan Rosmanuddin dan keluarganya berhampiran kediaman mereka

Namun Rosmanuddin ternyata telah melampaui batas apabila sering menyalahgunakan nama baik Najib dan Rosmah untuk kepentingan dirinya sendiri. Walaupun Rosmah belum melihat video yang dimaksudkan, Unta Belang difahamkan beliau sangat kecewa di atas tuduhan yang Rosmanuddin 'ciptakan' itu. Lebih menyedihkan Rosmah, Rosmanuddin turut mendakwa yang beliau telah mengabaikan anak-anaknya hasil perkongsian dengan suami terdahulu.

"Ibu mana yang tak sayangkan anaknya," jawab Rosmah yang kesal dengan fitnah tak berasas berkenaan.

Dalam video berkenaan, turut dipaparkan sedutan temubual dengan sepupu Rosmah yang bernama Mohd. Arshad, makciknya yang bernama Induk Leha, keluarga angkatnya Datin Che Mah dan seorang lelaki bernama Ikmal Hisham (anak Datin Che Mah). Difahamkan Rosmah sekali lagi terkejut dengan kemunculan nama-nama 'asing' tersebut kerana tiada seorang pun di antara mereka yang dikenalinya. Rosmah menegaskan, beliau tidak dibesarkan di kampung ibunya dekat Seri Menanti kerana sejak kecil lagi dibawa oleh ayahnya ke Rembau.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai penjelasan kisah yang memalukan ini boleh melayari http://malaysia-instinct.com/english/index.php?option=com_content&view=article&id=8338:when-news-reporting-gets-sensational&catid=35:national-news&Itemid=40

Malangnya dalam masyarakat kita, ramai yang malas berfikir. Lebih suka bergantung kepada cerita orang lalu dipencenkan otak sendiri. Apa yang orang cakap ditelan bulat-bulat, apatah lagi jika berita-berita sensasi. Tuduhan jahat itu lebih enak dari segala hidangan istimewa. Dalam kelompok agama pun ada yang sanggup menuduh orang murtad sehingga dipercayai umum.

Sumber yang beginilah yang membawa cerita yang pelbagai untuk menjatuhkan orang yang dibenci, atau yang bersaingan dengan dirinya atau kerana mengangkat namanya.Jika manusia menganggap apa yang disebut masyarakat itu semuanya benar, tentulah masyarakat fasik juga berada atas kebenaran.

Dalam dunia Internet hari ini maruah dan harga diri manusia dijual begitu murah. Seseorang yang ada di hadapan komputer begitu ringan tangan dengan memfitnah orang lain apa yang dia suka. Seakan mereka berasa dosa memfitnah melalui maya itu tidak dapat dikesan oleh Allah atau disoal pada hari kiamat. Para pelayar Internet pula ramai yang menerima khabar bohong itu lalu dijadikan bahan masyarakat untuk memburukkan orang lain.

Sabda Nabi s.a.w. ketika haji terakhir baginda: Sesungguhnya darah kamu, harta kamu, maruah kamu adalah haram antara kamu (untuk dicemari), seperti haramnya (mencemari) hari ini (hari korban), bulan ini (bulan haram) dan negeri ini (Mekah). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Mereka ini jika ditanya mengapakah awak menyebarkan berita tidak ada bukti yang diterima oleh syarak?

Mereka akan menjawab dia itu musuh kami, kami pejuang Islam dan lagipun ramai orang suka berita itu dan cakap di sana sini. Maka cakap orang ramai pun seakan mengambil tempat wahyu Tuhan dalam kehidupan mereka, lalu terhukumlah ramai manusia tanpa bukti melainkan atas nama ‘ramai orang cakap’.

Astagfirullahazim...

Shahboy
Naib Presiden 1 Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Tuesday, June 30, 2009

Kenapa Berhala Bukan Masjid - Luahan Hati Seorang Remaja Berusia 19 Tahun Terhadap Kerajaan PAS di Kelantan

( Kenapa Berhala yang menjadi mercu tanda negeri Kelantan sedangkan ianya menunjukkan kemegahan Agama budha yang sememangnya bukan agama bagi Nik Aziz)

Artikel ini shahboy ambil dari blog rakan-rakan(link). Melihatnya mempunyai siknifikan yang penting supaya rakan-rakan blogers tahu akan apa sebenarnya yang telah berlaku pada negara kita khususnya Agama Islam. Shaboy memasukkan gambar yang begitu Eksklusif lihat dan tolong sebarkan. Ini adalah kebenaran dan bukan rekaan fakta. Salam

Assalamualaikum wbt. Saya memohon maaf jika artikel saya ini tidak berkaitan dengan tajuk, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan. Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran Pas di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat. Setentunya keluarga kami adalah penyokong Pas yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.

Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin Pas yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi. Inilah yang menyedihkan kami. Selama Pas bertapak di Kelantan, setahu saya Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun bagi menjalankan syariat Allah di bumi Kelantan. Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan Pas adalah kerajaan yang bersih.

( Apakah sebenarnya tujuan Kerajaan PAS dengan membina berhala ini. Sedangkan sepatutnya PAS memperjuangkan Agama Islam. Dimana Perginya Ketertinggian martabat Agama Islam????)

Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT. Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah.

( Kenapa perlu dibina dua patung berhala, sedangkan kita tahu penduduk kelantan majoritinya orang Islam. Mungkin PAS berasa megah dengan pembinaan berhala ini!!!!!!)

Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat;

1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan.
2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya.

Tetapi di bawah kerajaan Pas mentadbir semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.

( Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat Kelantan)
(Islam tidak lagi dipandang tinggi di negara kita kerana ada orang yang mengaku diri mereka ISLAM sangum mengagungkan Agama lain dari agamanya sendiri. Ku berserah pada mu Ya Allah!!!)

Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah Pas yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan. Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan.

Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru 'berhala Buddha' terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok. Atas dasar ingin tahu, demi Allah, saya, ayah, ibu dan adik lelaki telah pergi ke wat Siam di Kampung Tawang yang menempatkan berhala yang terbesar di Asia Tenggara.

(Berhala Buddha' terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok)
(Tidak perlu untuk membina setinggi-tinggi berhala ini.. ini adalah menjunjukkan bertapa kukuhnya Ajaran Budha di Kelantan. Bernarkan nik Aziz setuju dengan Agama Budha ini.. Mana perginya Kubah-kubah masjid.. Ingat Rakan-rakan kita masih lagi ditindas di selatan Thailand. Mengapa kita perlu mengagungkan Ajaran ini. )

Ditakdirkan Allah, kami telah diberi penerangan oleh saminya sendiri yang datang kepada kami setelah melihat kami melawat berhalanya. Pakaian sami itu berwarna putih.

Menurut tok sami itu ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan. Ketinggiannya melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri. Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat. Menurut sami itu lagi kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60 RIBU RINGGIT melalui wakilnya Datuk Anuar Tan. Kami terkesima mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala, sedangkan Nabi Allah Ibrahim sendiri dengan kudrat Baginda memusnahkan berhala.

Tok sami itu memberitahu, bahawa pelancaran perasmian tokong Buddha itu akan disempurnakan oleh TG Nik Aziz sendiri pada 6 Jun 2009. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi pada 6 Jun. Tetapi Datuk Anuar Tan yang datang merasmikan kerana menurut orang kampung TG Nik Aziz ditegur oleh beberapa tok guru pondok agar tidak terlalu menonjolkan diri di rumah ibadat Siam. Kami diberitahu kos pembuatan patung itu sahaja melibatkan belanja lebih daripada RM2 juta. Kami terkesima. Kami terfikir syiar manakah ini? Hari demi hari berlalu, namun hati kami masih lagi pada Pas.

"Kami mahukan sebuah parti Islam," desis hati kami. Pas telah sedarah dan sedaging dengan hati kami. Kami pejamkan sebelah mata. Ditakdirkan ayah dan adik saya pergi menggunting rambut di sebuah kedai gunting warga Siam.

Terkeluar hal politik ketika borak. Ayah saya menanyakan beliau (tukang gunting) parti manakah yang disokong ketika pilihan raya dulu. Maka tukang gunting Siam itu mengatakan beliau menyokong Pas kerana tok sami mereka berpesan jika Pas menang sekali lagi pembinaan berhala yang besar akan diluluskan dan peruntukan akan diberi. Kami benar-benar terkejut. Allah Maha Besar telah meletakkan keraguan dalam hati kami. Sebagai seorang yang berpelajaran dan diberi akal, saya telah memujuk hati saya sendiri agar menjadi 'neutral' dan membuang sebentar rasa taksub saya terhadap Pas.

Ianya memang sukar, tetapi saya gagahkan jua. Saya berfikir dalam isu berhala, 'parti' manakah yang benar-benar membela Islam di dalam isu yang sememang besar. BERHALA!!!

Saya dikejutkan lagi dengan peruntukan tanah seekar yang diberi kerajaan negeri di tengah-tengah bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hamzah bagi membesarkan rumah ibadat kaum Hindu. Terlalu ramai kah kaum Hindu di Kelantan sehinggakan rumah ibadat mereka yang baru sahaja siap dibina itu hendak diperbesarkan lagi?. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Kelantan, saya berani mengatakan amat sukar untuk mencari bangsa Hindu.

Apatah lagi kuil yang sedia ada ini sentiasa 'sunyi' dan jarang mendapat kunjungan kaum Hindu kerana sememangnya bilangan mereka amat sedikit. Teringat saya ketika TG Nik Aziz melawat masjid di Kampung Berangan. Orang-orang kampung heboh sebentar apabila TG Nik Aziz hanya memberikan sumbangan RM50 ke dalam tabung masjid.

Kemudian beliau berangkat ke wat Siam di Tumpat setelah solat Jumaat dan mendermakan RM1,000 tanda keikhlasan dan hak sama rata kerajaan negeri. Bagi mereka yang meragui saya boleh bertanya kepada orang-orang di Kampung Berangan yang merupakan kubu kuat Pas. Untuk yang lebih jelas silalah saudara sendiri ke mana-mana wat Siam @ kuil Hindu di Kelantan dan tanyalah sami di sana tentang 'prihatinnya' kerajaan Pas terhadap mereka.

Saya sedih. Mengapa untuk membina masjid orang Melayu Kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma, sedangkan kuil Hindu dan berhala mendapat bantuan. Zaman jahiliah kah ini. Adakah hak sama rata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya? Pendapat peribadi saya, demi mendapat undi kaum lain, TG Nik Aziz perlu bertindak demikian.Kuasa di tangan beliau. Susah sangat kah ingin menolak pembinaan berhala, sedangkan Nabi Ibrahim AS bergadai nyawa memusnahkannya. ALLAHUAKBAR!!! Parti politik semuanya sama.

Saya tidak menyokong Barisan Nasional kerana saya telah disemai sejak kecil lagi bahawa BN adalah kafir. Tapi sekarang saya merasakan semua kafir termasuklah Pas Kelantan. Saya benci apabila Pas bergabung dengan DAP. Saya benci apabila Malaysia semakin jauh dari negara Islam apabila DAP berjaya memecah-belahkan UMAT ISLAM. Siapakah DAP?
DAP adalah anak kepada parti PPP Singapura.

Buktinya?

SEJARAH... Belajarlah sejarah.

Lagi buktinya?

Lee Kuan Yew telah pun datang melawat negeri yang dikuasai PAKATAN RAKYAT yang semakin hari semakin dekat menjadi miliknya.

YA ALLAH sesungguhnya aku kelu.

Hatiku pening... Mengapakah perpecahan umat Islam senang sahaja berlaku. Satukanlah mereka Ya Allah. Bagi mereka dari Pas, Keadilan mahupun UMNO, sambutlah seruan Islam untuk bersatu padu.

Mengapa orang-orang DAP begitu menentang kerajaan perpaduan?

Kerana mereka bimbang Melayu bersatu. Mereka bimbang ISLAM bersatu kerana di Malaysia ini rata-rata Melayu adalah Islam. Dengan segala ilmu yang saya ada mengenai Islam dan segala pemerhatian saya, DAP saya isytiharkan kafir harbi kerana telah banyak menggugat hak orang Islam. Perniagaan babi... penghapusan tulisan Jawi di beberapa buah tempat... menghasut Islam bergaduh sesama sendiri... terlampau meminta-minta dan mendesak berhala dibina... bahkan berhala sekarang ini jauh lebih 'GAH' dibandingkan dengan masjid.

ALLAHUAKBAR... BELALAH KAMI... SATUKAN KAMI...

Ingatlah wahai pembaca Islam... apabila DAP berjaya, maka UMNO tidak mampu lagi mengawal MCA... GERAKAN... MIC dan lain-lain kerana semestinya mereka akan bersatu dengan DAP memandangkan DAP kuat dan boleh menjamin masa depan mereka... dan agama mereka di bumi Melayu... ALLAHUAKBAR... Bertindaklah umat Islam bersatulah sebelum terlambat. Tiada satu pun Rasul yang diutuskan... tiada satu pun ulama yang dilahirkan... tiada sebuah ayat pun di dalam kalamullah yang menghalang perpaduan di antara mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah...

Sedarlah sekarang ini kaum kafir semakin berkuasa... buktinya... KUALA LUMPUR... PULAU PINANG... SINGAPURA... PERAK yang pernah dimiliki dan ditadbir oleh kuasa politik Melayu Islam secara majoritinya telah bertukar tangan kepada kaum kafir... Biasiswa JPA untuk Melayu ISLAM hanya tinggal 32 peratus selebihnya 62 peratus telah menjadi hak kaum kafir... bangunlah Melayu... bangkit... bangunlah Islam.

Hentikan ego... ALLAHUAKBAR!!!! BERKATILAH KAMI UMAT MELAYU ISLAM... BUKAKANLAH HATI KAMI UNTUK PERPADUAN SEBELUM TERLAMBAT.

Shahboy
Naib Presiden 1 Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Karpal Singh - Singh Is King

Karpal Singh - Singh Is King
mamat ni dah nyanyuk dah.. emm jalan pun dah tak boleh dah.. ada hati nak jadi KING... Samdol ada la.. Muka mcm Dogong Afrika ada pulak keinginan nak jadi King... Baduwa Rascall.... !!!

Wild Dogs !!!!

Wild Dogs !!!!
Memang Bahaya, Memang Liar dan Sememangnya GANAS!!!! ( Kurap pun ada)

DRAGONBALL MALAYSIA

DRAGONBALL MALAYSIA

ROAD TO BUKIT SEMALBAU

ROAD TO BUKIT SEMALBAU
kini filem terbaru arahan Anwar Baba yang memaparkan kisah kehidupan haiwan di Bukit Selambau. Mereka seronok berada di sana sehinggalah kedatangan BaBi ( suara latar Tressa Kok) yang cuba untuk merampas kuasa Singa ( suara latar Anwar Ibrahim) dan mahu menjadi raja di kawasan Bukit Selambau itu. Apakah kesudahannya??? marilah sama-sama kita saksikanya di pawagam yang berdekatan