

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T sehingga ke kiamat. Wallahualam." Begitulah lafaz sumpah yang dibuat oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Dewan Solat Utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada jam 6.30 petang, 15 Ogos 2008.

“Saya mencabar Anwar bersumpah dengan cara sebenar-benarnya Islam, dengan melakukannya di masjid dan disaksikan oleh para ulama, mufti dan juga disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia bagi menafikan dakwaan saya adalah tidak benar.” kata Saiful Bukhari.

Anwar masih lagi enggan bersumpah. Semasa ceramahnya di bilik gerakan PKR DUN Penanti, Kubang Semang pada malam 15 Ogos. Anwar enggan mengulas panjang tentang sumpah yang telah dilakukan oleh Saiful Bukhari. Anwar terus mendakwa sumpah tersebut sengaja diadakan untuk menjatuhkannya. “Saya malas jawab isu isu itu, sumpah pun main main” kata Anwar di Kubang Semang malam tadi. Bolehkah Anwar kata sumpah itu main main? Manakala Nurul Izzah yang berceramah selepas itu mendakwa ayahnya tidak perlu bersumpah atas nasihat mufti mufti luar negara. Bagaimana pula dengan Ihsan (anak lelaki Anwar) yang masih menantikan sumpah dari ayahnya?
SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)