Followers

Saturday, August 16, 2008

Saiful Sudah Bersumpah, Anwar Bila Lagi?

Mohd Saiful Bukhari Azlan melafazkan sumpah dengan tangannya memegang Al-Quran sambil diperhatikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim (kanan) dan imam masjid, Ramlang Porigi (kiri) di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 15 Ogos 2008, jam 6.30 petang. “Selama ini saya mencari kekuatan mental dan rohani. Allah telah beri kekuatan kepada saya pada hari ini iaitu Jumaat, hari yang sangat dirahmati Allah,” ujar Saiful. Menurutnya langkah bersumpah tersebut adalah adalah kes peribadinya dengan Anwar Ibrahim, tidak ada kena mengena dengan hal politik. Sebaliknya Anwar kata "Sumpah 50 kali pun saya tidak peduli" di Kubang Semang malam tadi. Sekali pun Anwar tidak boleh sumpah kah? . Kenyataan Anwar ini sama rentaknya dengan kenyataan Karpal "2,000 report polis pun saya tidak takut" bila diasak dengan isu pemecatan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak.
“Bismillahirrahmanirrahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan Nombor Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut..."A'uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya. "

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah S.W.T sehingga ke kiamat. Wallahualam." Begitulah lafaz sumpah yang dibuat oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Dewan Solat Utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pada jam 6.30 petang, 15 Ogos 2008.
Sebelum lafaz itu, Saiful mengucapkan kalimah syahadah sebanyak tiga kali diikuti bacaan surah Al-Fatihah.Turut hadir ialah Datuk Che Mat Che Ali. (Pengarah Jawi), “Ini dilakukan (liwat) tanpa kerelaan saya. Saya tegaskan di sini, perkara ini (diliwat) berlaku tanpa kerelaan.” kata Saiful Bukhari. Pada masa yang sama, Saiful mencabar Anwar untuk turut bersumpah mengikut cara Islam.

“Saya mencabar Anwar bersumpah dengan cara sebenar-benarnya Islam, dengan melakukannya di masjid dan disaksikan oleh para ulama, mufti dan juga disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia bagi menafikan dakwaan saya adalah tidak benar.” kata Saiful Bukhari.
“Jika Anwar juga bersumpah laknat seperti itu, maka jadilah mubahalah dan kita akan lihat hukuman Tuhan nanti," katanya ketika dihubungi hari ini. “Saya terkejut dengan keberaniannya bermubahalah tetapi dia sebenarnya menanggung risiko yang amat besar. Jika dia berbohong, banyak kelaknatan akan diturunkan Allah kepadanya," kata beliau.” ujar Mufti Perlis.

Anwar masih lagi enggan bersumpah. Semasa ceramahnya di bilik gerakan PKR DUN Penanti, Kubang Semang pada malam 15 Ogos. Anwar enggan mengulas panjang tentang sumpah yang telah dilakukan oleh Saiful Bukhari. Anwar terus mendakwa sumpah tersebut sengaja diadakan untuk menjatuhkannya. “Saya malas jawab isu isu itu, sumpah pun main main” kata Anwar di Kubang Semang malam tadi. Bolehkah Anwar kata sumpah itu main main? Manakala Nurul Izzah yang berceramah selepas itu mendakwa ayahnya tidak perlu bersumpah atas nasihat mufti mufti luar negara. Bagaimana pula dengan Ihsan (anak lelaki Anwar) yang masih menantikan sumpah dari ayahnya?
(Gambar: Sebuah kereta mewah luar yang kelihatan ligat berkempen untuk Anwar di Kubang Semang. Mengapa orang luar berminat sangat dengan Anwar?). Ini bukan kali pertama Saiful Bukhari mencabar Anwar Ibrahim bersumpah. Pada 6 Julai 2008, Saiful Bukhari mencabar Anwar bersumpah melalui laman friendsternya Pada 22 Julai 2008, Saiful Bukhari mengajak Anwar bersumpah di masjid mengikut cara Islam. Semalam, pada 15 Ogos, Saiful Bukhari bersumpah sebagaimana yang dijanjikannya.

Bila pula Anwar hendak bersumpah? Segelintir ahli PAS tadi ada yang sudah mula muak dengan helah Anwar. Mereka kelihatan mula frust bila Anwar terus menyalahkan orang lain dan mencari alasan lain untuk mengelakkan diri dari bersumpah. Mereka menyangka Anwar akan bersumpah malam tadi di Kubang Semang, tetapi Anwar masih lagi berdalih. Jika benar Anwar tidak bersalah, para penyokongnya mestilah mengajak Anwar bersumpah di masjid sebelum hari mengundi pada 26 Ogos nanti. Atau penyokong PAS mengajak Nik Aziz membuat sembahyang hajat secara besar besaran di Permatang Pauh bagi membuktikan siapa sebenarnya yang bersalah dalam isu liwat ini?

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

1 comment:

Anonymous said...

Cuba tengok muka dia sikit, itu sebab AI suka. Orang sesama gay, dia tahu antara dia orang ni siapa. Tetapi saya kurang faham, kenapa lah dia tak kata 'tak nak'. Mungkin terlalu taksub sesangat dgn AI nih. Sebab dia ni memang lembab sikit di dlm kolej pon sampai kena liwat. Kalau dia pihak yang benar semoga Allah lindongi dia dari di laknat. Allahu Akbar.

Karpal Singh - Singh Is King

Karpal Singh - Singh Is King
mamat ni dah nyanyuk dah.. emm jalan pun dah tak boleh dah.. ada hati nak jadi KING... Samdol ada la.. Muka mcm Dogong Afrika ada pulak keinginan nak jadi King... Baduwa Rascall.... !!!

Wild Dogs !!!!

Wild Dogs !!!!
Memang Bahaya, Memang Liar dan Sememangnya GANAS!!!! ( Kurap pun ada)

DRAGONBALL MALAYSIA

DRAGONBALL MALAYSIA

ROAD TO BUKIT SEMALBAU

ROAD TO BUKIT SEMALBAU
kini filem terbaru arahan Anwar Baba yang memaparkan kisah kehidupan haiwan di Bukit Selambau. Mereka seronok berada di sana sehinggalah kedatangan BaBi ( suara latar Tressa Kok) yang cuba untuk merampas kuasa Singa ( suara latar Anwar Ibrahim) dan mahu menjadi raja di kawasan Bukit Selambau itu. Apakah kesudahannya??? marilah sama-sama kita saksikanya di pawagam yang berdekatan