KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Mahkamah Sesyen di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini pukul 9.30 pagi ini untuk sebutan kes liwatnya. Anwar, yang berpakaian sut hitam, tiba dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda (MPV) ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak. Turut hadir adalah sepasukan peguamnya yang diketuai Sulaiman Abdullah. Wakil media tempatan dan luar negara termasuk orang ramai berhimpun di pekarangan mahkamah, setengahnya seawal pukul 6.30 pagi. Keadaan keselamatan adalah terkawal.
Pada 7 Ogos, Anwar, 60, mengaku tidak bersalah meliwat bekas pembantunya Mohamad Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.Hakim S.M. Komathy Suppiah membenarkan Anwar dibebaskan dengan jaminan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.
SHAHBOYExco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)