Followers

Sunday, August 3, 2008

Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back


(Gambar: Anwar bersama dengan Gus Dur bertemu Wolfowitz di Munich, Jerman pada Oktober 2004. Anwar mendakwa ingin ke Munich untuk rawatan pinggang dan tengkuk. Perhatikan, tiada lagi balutan di tengkuk Anwar semasa di Munich). Serentak dengan pengesahan oleh Paul Wolfowitz untuk memegang jawatan Pengerusi Bank Dunia, (secara logiknya boleh dipersoalkan kerana beliau berada di dalam satu jawatan yang membenarkannya membunuh lebih ramai manusia daripada apa yang telah dilakukannya di Jabatan Pertahanan), kawan lama Wolfowitz, Anwar Ibrahim dari Malaysia, telah muncul semula dalam kancah politik dunia.
(Gambar: Anwar bersama dengan Wolfowitz dalam beberapa pertemuan pada awal tahun 2005 di Amerika Syarikat). Apabila Anwar dibebaskan pada tahun lepas selepas berada selama 6 tahun di dalam penjara di Malaysia, dia terus menuju ke Jerman, dan Wolfowitz meluangkan masa dari rutin hariannya yang sibuk di PENTAGON untuk bersama-sama rakan lamanya di Eropah. Pada 5 April 2005, Sekolah Lanjutan untuk Pengajian Antarabangsa (School for Advanced International Studies-SAIS), Johns Hopkins University, Washington menganjurkan majlis untuk ucapan pertama Anwar di Amerika Syarikat selepas dibebaskan dari penjara, Anwar telah diumumkan sebagai Sarjana Pelawat di SAIS sebaik sahaja Anwar menamatkan catatan diari penjaranya di Sungai Buloh.

(Gambar: Anwar bertemu Wolfowitz dalam Pentagon. Berulang kali jumpa Wolfowitz, mengapa? Ada merancang sesuatu ke?) Pada tahun 1990-an, Wolfowitz telah bertugas sebagai Pengarah SAIS sebelum menyertai Pentadbiran George W. Bush sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan, beliau telah menjadi peneraju dalam melaksanakan perang ke atas negara lain terlebih dahulu untuk perlindungan (pre-emptive war), melaksanakan “demokrasi” ke atas negara sasaran melalui cara ketenteraan. Pada 1995, Anwar telah menjadi tetamu Wolfowitz di SAIS dan Anwar telah disambut sebagai seorang pejuang yang telah pulang.

(Gambar: Anwar diberikan anugerah oleh CSID yang berpangkalan di Amerika Syarikat). Institusi-institusi yang lain Washington yang berkaitan dengan rangkaian operasi perisikan ‘masyarakat social’ National For Endownment of Democracy (NED) juga telah memberi penghormatan kepada Anwar dengan memberi anugerah sebagai "Democrat of The Year". Apabila diberitahu mengenai pelantikan Anwar di SAIS, seorang pegawai Kerajaan Malaysia telah mengeluh dengan menagatakan, “ Ah, inilah caranya untuk Amerika Syarikat merancang untuk menaja kegiatan subversif di Malaysia!”. Wolfowitz, mengetuai pelaksanaan neo-konservatif untuk American Empire selama beberapa dekad yang lepas, menggunakan Anwar sebagai salah satu senjata di Asia, yang bertujuan untuk menggagalkan keperluan penyatuan tindakan untuk Negara Asia dan Eropah dalam menghadapi kejatuhan dolar dan sistem kewangan berpusat oleh International Monetary Fund (IMF). Sasaran utama adalah China. Rancangan Wolfowitz adalah untuk menimbulkan kekacauan dalam Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) dan pakatan yang sedang terbentuk bersama China, dengan menjadikan Indonesia menentang Malaysia, kedua-dua buah negara ini berada di tengah-tengah ASEAN. Anwar memainkan peranannnya di dalam rancangan ini.

(Gambar: Wan Azizah berjumpa dengan Madeleine Albright untuk memohon sokongan kepada Anwar pada 1998, pada 2008 Condoleeza Rice pula sokong Anwar). Anwar menjadi terkenal di serata dunia selepas serangan spekulatif terhadap ekonomi Asia pada 1997-1998 oleh George Soros dan ‘rakan serigala’ yang ditaja olehnya. Ketika Indonesia dan ekonomi negara-negara Asia Tenggara yang lain tunduk kepada tuntutan IMF, dengan menyerahkan ekonomi mereka untuk dimusnahkan secara kekerasan bersyarat dengan menukarkannya kepada pelepasan hutang secara sementara dan seterusnya menyebabkan kejatuhan matawang negara-negara tersebut, Malaysia, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dr. Mahathir bin Mohamad, enggan menyerahkan nasib rakyat kepada arahan IMF. Sebelum itu, pada mulanya Dr. Mahathir telah membenarkan Anwar, yang sebelum itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, untuk mengikuti pandangan peribadinya yang dikenali sebagai ‘Polisi-polisi IMF tanpa IMF' : melangkaui kekerasan IMF, menaikkan kadar faedah dan pembatalan projek infrastruktur yang utama. Pada Musim Panas 1998, yang telah meminta bantuan IMF, telah menjadi miskin, rakyat menjadi papa, sistem perbankan telah muflis, mawatang didagangkan secara bebas, dan kerajaan Indonesia tersungkur di hadapan Pengarah Pengurusan IMF dan akhirnya, keseluruhannya rebah. Thailand dan Korea juga menerima nasib yang sama tetapi tidak seteruk Indonesia. Malaysia juga menuju ke arah yang sama.

(Gambar: Anwar berucap dalam satu program di SAIS pada 27 Mac 2007). Kemudian, pada 1 September 1998, Dr. Mahathir mengejutkan dunia apabila melanggar kesemua arahan IMF yang ortodoksi, dengan mengenakan kawalan ke atas matawang yang terpilih, menamatkan spekulasi ke atas mawatang Malaysia dengan mengikat nilai ringgit kepada dolar – dan memecat Anwar Ibrahim. Anwar dan pengikutnya yang sukar dikawal telah mengamuk dan cuba untuk melancarkan pemberontakan untuk menjatuhkan Dr. Mahathir. Walaupun menerima sokongan secara terbuka daripada Neo-Konservatif di Barat, terutamanya Naib Presiden Amerika Syarikat Al Gore dan Setiausaha Negara Madeleine Albright, pemberontakan ‘kuasa rakyat” oleh Anwar menemui jalan buntu dan akhirnya dia telah dipenjarakan di atas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan moral.Keputusan diketahui umum. Walaupun dikutuk oleh IMF dan institusi perbankan Anglo-Amerika bahawa Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke warah kemusnahana, negaranya akan menjadi muflis disebabkan perbuatannya sendiri, mengasingkan Malaysia dari dunia yang ‘bertanggungjawab’ dan akhirnya akan mendapati negaranya itu mengemis bantuan IMF, sebaliknya telah berlaku. Apabila pelbagai negara terikat dengan menderita akibat krisis sosial dan peningkatan kemiskinan secara besar-besaran, Malaysia yang berada di antara negara-negara Asia yang diserang oleh speculator dapat mengekalkan kestabilan sosial dan ekonomi bertambah baik.

(Gambar: Tian Chua, Ketua Penerangan PKR dalam satu program bersama dengan George Soros, spekulator mata wang). Kemusnahan yang teruk berlaku di negara jiran, Indonesia, di mana matawangnya telah jatuh satu pertiga daripada nilai asal, dan ini telah menjadikan hutang negara Indonesia dengan negara lain meningkat secara maya dalam tempoh semalaman dan pada masa yang sama, kadar kemiskinan meningkat. Hanya separuh daripada ekonomi Indonesia pulih sehingga ke hari ini. Malahan IMF mengakui bahawa kekerasan yang kejam dan polisi pengurangan kredit yang telah dikenakan terhadap kerajaan Indonesia yang terdesak merupakan satu kesilapan yang besar. Dalam satu acara, Anwar membuat penampilan terbaru di SAIS, EIR telah mengajukan soalan berikut kepadanya : “IMF telah mengakui bahawa arahan kepada ekonomi Asia slepas serangan spekulatif pada 1997-98 telah menyebabkan krisis yang berlaku bertambah teruk. Dasar anda terhadap Malaysia telah diketahui seiring dengan IMF, sehinggalah dasar tersebut diterbalikkan oleh kawalan matawang oleh Dr. Mahathir, dan pada masa yang sama anda dipecat. Adakah pada masa sekarang, anda mengakui bahawa, sekiranya dasar anda itu diikuti, kesannya akan menjadikannya sebagai satu kemusnahan yang besar kepada negara anda ? "
(Gambar: Anwar dalam satu program di Indonesia). Respon Anwar dan dari ucapannya secara umumnya, menunjukkan bahawa dia tidak begitu berminat dalam mendapatkan semula jawatan di dalam negaranya sendiri, malahan di dalam parti yang telah ditubuhkan (Parti Keadilan Rakyat) untuk mendapatkan sokongan terhadapnya selepas penahanannya. Lebih tepat, beliau memuji nama orang-orang dan dasar-dasar yang paling dibenci (di Malaysia dan di tempat lain) iaitu George Soros, arkitek spekulasi global ; Paul Wolfowitz, promoter pre-emptive war ; dan IMF yang korup dan dikecam.“Sudah tentu, saya betul,” Anwar menyatakan secara rasmi. Dia mendakwa bahawa terdapat beberapa perbezaan di antaranya dan IMF tetapi “Cara negara membelanjakan wang perlu dititikberatkan, sama ada cara tersebut mengikut langkah IMF atau pun tidak.”

(Gambar: Anwar bersama dengan Cohen, rakan baiknya sejak program WAMY di Cairo, Mesir pada 1973 lagi). Anwar mengatakan bahawa sesuatu yang amat ‘berfaedah’ daripada IMF untuk datang ke Malaysia dan berbincang mengenai idea mereka. Beliau juga menyatakan sokongan terhadap kecaman IMF terhadap projek infrastruktur utama, sebagai ‘projek mega’ yang membazir, kerana projek-projek tersebut hanya menguntungkan ‘kroni’ yang terlibat dalam pembinaan tersebut. Empangan Bakun dijadikan contoh untuk kecaman tersebut. Beliau mengakui telah memberitahu cadangan Soros kepada pembuat dasar dan telah mempertahankannya ketika Dr. Mahathir mengutuk Soros sebagai pencuri dan sangat bodoh. Berkenaan kejayaan program Dr. Mahathir dalam menyelamatkan Malaysia daripada menerima nasib yang sama dengan negara jiran, Anwar berkata : “ Ya, pembangunan ekonomi menjadi kukuh, rakyat bebas dari kemiskinan-tetapi semuanya adalah di atas permukaan sahaja. Di bawah, terdapat rasuah, tiada ketelusan, pemerintah kuku besi dan tiada kebebasan media.”Paling menjelikkan, malahan terhadap penyokongnya di Malaysia, pujian keterlaluan Anwar terhadap Wolfowitz. Di dalam satu temuramah Bloomberg di Hong Kong, pada 18 Mac, Anwar mengalukan pelantikan Wolfowitz sebagai Pengerusi Bank Dunia, dengan mengatakan Wolfowitz “ dengan sepenuh hati percaya dengan kebebasan dan memahami isu keniskinan, kemusnahan alam sekitar, kedaan taraf hidup dan isu kesihatan yang menjadi agenda utama Bank Dunia.”

Ketika rakyat Iraq mendapati kesemua keperibadian yang dinyatakan itu tidak lebih sebagai satu hiburan, Anwar secara berhati-hati menjelaskan bahawa beliau bukan penyokong dalam pencerobohan Amerika Syarikat di Iraq. Bagaimanapun, dia mempamerkan sejuah mana beliau sanggup untuk mempertahankan neo-kenservatif yang menajanya dengan menambah: “Tetapi saya tidak percaya bahawa perang tersebut dilancarkan ke atas Muslim atau rakyat Iraq.”Timbalan Presiden Parti Keadilan, Dr. Syed Husin Ali, secara terburu-buru telah mengelakkan dirinya daripada pujian terhadap Wolfowitz yang dibenci oleh pelbagai pihak. “Dia merupakan seorang penasihat,” Syed Hussein memberitahu perkhidmatan berita pembangkang dalam talian, Malaysiakini pada April dengan merujuk kepada Anwar Ibrahim. “Dia boleh memberikan nasihat kepada kami, tetapi dia tidak boleh menentukan dasar parti," katanya, menegaskan bahawa pembelaan Anwar terhadap Wolfowitz hanya merupakan pandangan peribadi dan tidak mencerminkan kedudukannya dalam parti.

(Gambar: Bagaimana seorang yang lemah matematik seperti Anwar boleh jadi Penasihat Bank Dunia, 5 bilion katanya boleh turun 50 sen, sedangkan hanya boleh turun 12 sen sahaja. Pilih atas dasar kawan atau kelulusan?). Penunjuk terhadap niat Anwar (atau lebih tepat, niat Wolfowitz, dengan bantuan Anwar) telah didedahkan dalam cubaannya merancang penentangan Indonesia terhadap Malaysia. Transformasi demokratik Indonesia semenjak kejatuhan 1997, menurut Anwar, merupakan ‘satu perkembangan penting dalam dunia Islam pada abad ini’. Walaupun ramai pihak menggambarkan Malaysia sebagai sebuah model kejayaan negara Islam demokratik, kata Anwar, itu adalah satu kesilapan secara keseluruhannya. Malaysia mengamalkan pemerintahan diktator, walaupun selepas persaraan Dr. Mahathir, beliau menegaskan, manakala model demokrasi Islam yang sebenar adalah Indonesia. Secara ironiknya, Anwar mengakui bahawa Indonesia sangat memerlukan pembangunan ekonomi dan menamatkan rasuah, tetapi percanggahan ini tidak melihat sekurang-kurangya kepada keprihatinannya terhadap isu ini.Dalam satu temuramah dalam The Age dari Australia pada 21 Mac, Anwar menjelaskan pembinasaan berikutan kemusnahan ekonomi Asia 1997-98 sebagai satu perkembangan positif, “ Satu ribut kreatif yang menggegarkan rasa puas hati masyarakat Asia dan kerajaan.”

Hubungan dengan Australia merupakan sesuatu yang bermakna. Kerajaan Australia di bawah Perdana Menteri John Howard mengadakan hubungan yang erat bersama Pentadbiran Bush dalam kesemua perkara strategik dan menyertai usaha Wolfowitz untuk memujuk Kerajaan Baru Indonesia di bawah Presiden Susilo Bambang Yudhoyono untuk menyertai regim neo-konservatif di Washington dan Canberra, sebagai pertukaran untuk perjanjian ketenteraan dan pelaburan. Howard telah menggalakkan Yudhoyono untuk menyokong usaha Australia untuk disertakan bersama sebagai ahli perintis kepada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS-East Asian Summit) apabila dilancarkan pada tahun ini.

Cadangan ini ditentang dengan keras oleh Malaysia dan China, bersama-sama yang lain, dan ini telah meletakkan Indonesia berselisih faham dengan Malaysia.Howard, bagaimanapun, telah dilihat memusnahkan sebarang peluang yang dimiliki oleh Australia untuk dimasukkan ke dalam EAS apabila beliau enggan menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama bersama ASEAN (Treaty of Amity and Cooperation with ASEAN), walaupun perjanjian itu ditandatangani oleh Jepun, China, South Korea dan India bersama negara lain. Perjanjian tersebut menafikan penggunaan serangan ketenteraan terhadap negara yang menandatangani perjanjian tersebut. Howard, seperti Pentadbirn Bush, enggan untuk menggugurkan hak campurtangan ketenteraan pre-emptive terhadap negara jiran, satu ancaman bahawa tiada negara yang mampu menafikannya semasa era Bush/Cheney.

Wolfowitz menggambarkan dirinya sebagai ”sahabat Indonesia”, menggunakan pengalamannya sebagai Duta ke Indonesia pada tahun 1980-an sebagai bukti kecekapannya untuk menguruskan Bank Dunia. “ Rakyat Indonesia mempunyai pandangan berbeza terhadap saya” ulasnya, kata Wolfowitz kepada Bloomberg News pada 18 Mac. Ketika Anwar membandingkan demokrasi Indonesia dengan andaian pemerintahan diktator di Malaysia, Wolfowitz kerap kali membandingkan Indonesia dengan negara Islam di Asia Barat untuk membuktikan pengembaraan ketenteraan Amerika Syarikat telah membawa ‘demokrasi’ kepada orang Arab.Wolfowitz berkhidmat sebagai Duta ke Indonesia dari 1986 hingga 1989, ketika wang panas mencurah-curah masuk ke dalam negara tersebut, membawakan kepada kemajuan yang sangat bermakna dan kemakmuran yang berkaitan – dan satu reputasi yang baik kepada Wolfowitz.

Bagaimanapun, adalah sesuatu yang menyakitkan untuk dipelajari selepas 1997-98, di mana kontrak negara asing yang membawa masuk pembangunan ini merupakan dari jenis “pembunuh upahan ekonomi”, memandangkan kesemua risiko kejatuhan ekonomi ini diletakkan di sebelah pihak Indonesia. Enron dan syarikat kuasa yang lain, sebagai contoh, berjaya dalam mendapatkan jaminan daripada Kerajaan Suharto (secara kebiasaannya bersama seorang ahli keluarga Suharto terlibat), bahawa kerajaan akan membeli kapasiti penuh kuasa daripada stesen janakuasa sama ada digunakan atau tidak dan pada masa yang sama kuasa tersebut dibeli dengan harga dalam tukaran dolar. Hutang negara asing juga dibayar menggunakan dolar.

Apabila spekulator memusnahkan matawang dan ekonomi Indonesia pada 1997-98, hutang negara meningkat 3 kali ganda dalam masa yang singkat, dan pada masa yang sama kerajaan dipaksa membeli bekalan elektrik yang tidak perlu pada harga 3 kali ganda. Kenangan terhadap Wolfowitz sebagai salah seorang rakan Indonesia sedikit pudar. Peranan Wolfowitz seterusnya sebagai arkitek perang terhadapa Iraq menukarkan imejnya kepada hitam. Kepada Wolfowitz, untuk menggambarkan dirinya masih lagi dikagumi di Indonesia, adalah sama seperti fantasi Anwar yang mana neo-konservatif akan membantunya memenangi satu ruang untuknya dihormati di Malaysia.Nota :

Terjemahan AIDC daripada artikel asal tulisan Mike Billington bertajuk " Malaysia’s Anwar Ibrahim: Wolfowitz’s Knife in Asia’s Back". Disiar dalam majalah the Executive Intelligence Review (EIR) pada 29 April 2005.

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

Suara Keadilan: Peluru Makan Tuan

(Gambar 1: Suara Keadilan Bil:141, mukasurat 1) Kenyataan dengan tajuk "Anwar Sah bertanding di Kulim". Kemudian ianya makan tuan bila Anwar mengumumkan akan bertanding di Permatang Pauh. Apakah Suara Keadilan menulis berita ini tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Anwar? Siapa yang tipu siapa? (Gambar 2: Suara Keadilan Bil:141, mukasurat 1). Suara Keadilan menyatakan bahawa "SAH: Tiada Liwat - Laporan Perubatan". Kemudian pada 30 Julai, Dr. Kamaruddin Ahmad (Pengarah Perubatan Hospital Pusrawi) dalam Buletin Utama TV3 yang memberitahu Dr. Muhamad Osman hanyalah doktor biasa dan beliau hanya menasihatkan pesakit. Kemudian dinyatakan pula bahawa ianya nota perubatan bukan laporan perubatan. Apakah SAH tiada liwat? Siapa yang sahkan? Doktor biasa atau pakar? Jadi sekali lagi, senjata PKR telah makan tuan. Suara Keadilan ini dicetak hanya empat muka surat, semuanya diisi dengan cerita liwat dan kononnya berlaku konspirasi terhadap Anwar. Bila apa yang didedahkan oleh Suara Keadilan ditangkis dengan fakta sebenar, siapa yang terkena sebenarnya? Senjata media propaganda Anwar telah makan tuan kali ini.

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Karpal Singh - Singh Is King

Karpal Singh - Singh Is King
mamat ni dah nyanyuk dah.. emm jalan pun dah tak boleh dah.. ada hati nak jadi KING... Samdol ada la.. Muka mcm Dogong Afrika ada pulak keinginan nak jadi King... Baduwa Rascall.... !!!

Wild Dogs !!!!

Wild Dogs !!!!
Memang Bahaya, Memang Liar dan Sememangnya GANAS!!!! ( Kurap pun ada)

DRAGONBALL MALAYSIA

DRAGONBALL MALAYSIA

ROAD TO BUKIT SEMALBAU

ROAD TO BUKIT SEMALBAU
kini filem terbaru arahan Anwar Baba yang memaparkan kisah kehidupan haiwan di Bukit Selambau. Mereka seronok berada di sana sehinggalah kedatangan BaBi ( suara latar Tressa Kok) yang cuba untuk merampas kuasa Singa ( suara latar Anwar Ibrahim) dan mahu menjadi raja di kawasan Bukit Selambau itu. Apakah kesudahannya??? marilah sama-sama kita saksikanya di pawagam yang berdekatan