(Gambar 1: Suara Keadilan Bil:141, mukasurat 1) Kenyataan dengan tajuk "Anwar Sah bertanding di Kulim". Kemudian ianya makan tuan bila Anwar mengumumkan akan bertanding di Permatang Pauh. Apakah Suara Keadilan menulis berita ini tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Anwar? Siapa yang tipu siapa? (Gambar 2: Suara Keadilan Bil:141, mukasurat 1). Suara Keadilan menyatakan bahawa "SAH: Tiada Liwat - Laporan Perubatan". Kemudian pada 30 Julai, Dr. Kamaruddin Ahmad (Pengarah Perubatan Hospital Pusrawi) dalam Buletin Utama TV3 yang memberitahu Dr. Muhamad Osman hanyalah doktor biasa dan beliau hanya menasihatkan pesakit. Kemudian dinyatakan pula bahawa ianya nota perubatan bukan laporan perubatan. Apakah SAH tiada liwat? Siapa yang sahkan? Doktor biasa atau pakar? Jadi sekali lagi, senjata PKR telah makan tuan. Suara Keadilan ini dicetak hanya empat muka surat, semuanya diisi dengan cerita liwat dan kononnya berlaku konspirasi terhadap Anwar. Bila apa yang didedahkan oleh Suara Keadilan ditangkis dengan fakta sebenar, siapa yang terkena sebenarnya? Senjata media propaganda Anwar telah makan tuan kali ini.
SHAHBOYExco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
No comments:
Post a Comment