( Singapura tidak pula dikatakan Rasist kerana orang Cina sahaja layak menjadi PM Singapura )
‘‘Perdana Menteri Singapura (Lee Hsien Loong) sendiri mengakui belum sampai masanya orang Melayu (di Singapura) menjadi Perdana Menteri. Di Malaysia, inilah juga hakikat yang perlu dilihat.
‘‘Saya berani katakan bukan Melayu pun belum sampai masanya menjadi Perdana Menteri di Malaysia dan ia tidak akan menjadi kenyataan sebab majoriti tenaga politik di sini ialah Melayu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Calon Naib Presiden UMNO itu ditanya pandangannya mengenai kenyataan Hsien Loong bahawa Singapura yang mempunyai penduduk berbilang kaum berjumlah lebih 3.5 juta orang belum bersedia memilih Perdana Menteri bukan Cina dalam tempoh terdekat. Hsien Loong membuat kenyataan tersebut kelmarin semasa dialog dengan anggota masyarakat Melayu di republik itu sebagai menjawab soalan sama ada pemilihan Barack Obama sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS) bermakna anggota kaum minoriti di Singapura turut berpeluang menjadi Perdana Menteri. Rais yang merupakan pakar Perlembagaan Persekutuan berkata, hakikat bahawa orang Melayu adalah pemegang kuasa politik Malaysia tidak boleh dilenyapkan begitu sahaja.
Kata beliau: ‘‘Pihak-pihak lain mesti akur dengan apa yang telah diehsankan oleh kontrak sosial.
‘‘Kita sudah ehsankan hak-hak mereka (kaum-kaum lain), maka tidak harus ada pihak yang seolah-olah bersikap buta tuli tentang perkara-perkara sensitif yang harus dilenyapkan hanya semata-mata kerana mereka menjangkakan UMNO telah lemah ketika ini.”
Kemenangan Obama di AS mencetuskan analisis politik di kalangan pihak tertentu di negara ini sehingga ada suara pemimpin bukan Melayu yang mahukan bukan Melayu diberi peluang menjadi Perdana Menteri. Khamis lalu, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, sudah sampai masanya bagi rakyat Malaysia membebaskan diri mereka daripada belenggu isu perkauman. Dengan mengambil Obama sebagai contoh, Tee Keat berkata: ‘‘Sedihnya di Malaysia, kita masih berbalah dalam soal remeh berhubung pelantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).”
( Ong masih lagi lemah didalam sejarah dan perbentukkan negara Malaysia.. Balik buka buku sejarah lah.. tgk siapa yang memperjuangkan Malaysia.. Orang cina ker??? )
Tindakan kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS dipersoalkan banyak pihak kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi bumiputera.
SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
1 comment:
alesseSalam…
JOM KITA FLAG
http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html
lihat pada header blog ada satu butang "Flag blog"...
anjurkan pada para pembaca untuk menggunakan butang itu sebaiknya.
fungsi butang tersebut ialah untuk melaporkan pada blogger.com bahawa blog tersebut mengandungi unsur2 yg tidak dibenarkan atau SPAM.
orang seprti ini tidak takut pada ugutan, jadi kita gunakan kecerdikan. flagkan blognya supaya blogger.com bertindak menutup blog tersebut.
Salam Perjuangan….
Jack Sparrow
Post a Comment