Followers

Wednesday, December 31, 2008

Nik Aziz - Undi Pas-DAP Dapat Pahala ???


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta menjelaskan kedudukan orang Melayu yang menyokong DAP sedangkan ia secara terang-terangan menentang Islam. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, jika Menteri Besar Kelantan itu boleh mengeluarkan 'fatwa' sesiapa mengundi Pas mendapat pahala daripada Allah, maka beliau perlu menjelaskan kedudukan orang Melayu yang menyokong parti bukan Islam.

Beliau menegaskan, jika orang Melayu menolak Barisan Nasional (BN) berdasarkan 'fatwa' itu, bagaimana pula kedudukan orang Melayu di negeri lain yang menyokong DAP dan parti bukan Islam lain. Jelasnya, Nik Abdul Aziz perlu berbuat demikian bagi mengelakkan kekeliruan kerana selagi penjelasan itu tidak dibuat, maka 'fatwa' beliau mengenai dosa dan pahala terbukti semata-mata bertujuan untuk memancing undi.

''Saya fikir kenyataan Menteri Besar Kelantan itu tidak mungkin boleh mempengaruhi pengundi Melayu di sini kerana mereka semua tentunya berniat baik, mengundi BN kerana inginkan kebaikan dan kesejahteraan. ''Apakah mengundi BN mendapat dosa? Beliau harus buat penjelasan berhubung Melayu yang menyokong DAP," katanya selepas menziarahi penghuni Rumah Pangsa Seri Kolam di sini hari ini.

Beliau yang juga calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang mendakwa mana-mana pengundi yang mengundi Pas akan mendapat pahala daripada Allah.

Wan Ahmad Farid mempersoalkan adakah berdosa jika masyarakat Melayu mengundi BN yang sentiasa melaksanakan pelbagai program untuk kebaikan dan kesejahteraan umat.

''Apakah mereka yang menyokong kerajaan BN yang ternyata banyak melaksanakan pembangunan, sekolah, masjid dan kemudahan lain itu berdosa hukumnya," ujarnya. Menurutnya, beliau tidak hairan dengan 'fatwa' berkenaan kerana pemimpin Pas sering mengeluarkan fatwa menjelang pilihan raya.

''Yang anehnya fatwa menghukum hanya dikeluarkan kepada Melayu di Kuala Terengganu tetapi di negeri lain tidak".

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Tuesday, December 30, 2008

Nik Aziz - Hukum Hudud Akan Dilaksanakan 30 Tahun Lagi ..


"Kita tidak payah tekan atau paksa untuk orang ramai terima undang-undang Allah, 20 atau 30 tahun lagi orang terima pun tidak apa. Hudud ini benda besar dan ia makan masa lama untuk dilaksanakan. Dulunya bila Pas sebut politik Islam, orang tidak boleh terima. Mereka kata mana ada politik Islam tapi bila kami memerintah atas Islam orang boleh terima begitu juga dengan hudud," kata Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS) pada 27 Disember 2008 di Kota Bharu. Karpal Singh desak PAS gugur agenda negara Islam, malah dengan bongkaknya menyatakan langkah mayatnya dulu jika mahu buat negara Islam. Karpal paksa, tekan dan desak PAS gugur negara Islam, PAS hendak biar sahaja? Apakah PAS akan tunggu hingga Karpal Singh dan Kit Siang DIKUBURKAN terlebih dahulu baru berani hendak buat hudud?

( Karpal Singh mempertahankan tidak akan tertubuhnya negara Islam jika Pakatan Rakyat memerintah negara Malaysia)


Kenyataan Nik Aziz mengenai kesanggupan PAS untuk menunggu 30 tahun lagi untuk buat hudud. "Tidak ada apa (isu hudud), dulu orang dapat terima politik Islam, sikit lagi orang dapat terima hudud pula," kata Nik Aziz lagi. Sampai bila PAS mahu menunggu DAP untuk buat hudud? PAS tidak perlu takut dengan DAP untuk buat hudud. Apa kata PAS desak sahaja DAP keluar dari Pakatan Rakyat, beri kata dua kepada DAP sama ada terima hudud atau keluar sahaja dari Pakatan Rakyat. Sanggupkah PAS beri kenyataan tersebut? Jika tidak, bagaimana hendak merealisasikan hasrat "membangun bersama islam" yang dibawakan oleh PAS selama ini. Kasihanilah ahli-ahli bawahan PAS di bawah sana, mereka ramai yang terkeliru dengan slogan dan agenda PAS, sedangkan dalam masa yang sama PAS masih lagi bersubahat dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Monday, December 29, 2008

Berhijrah Demi Akidah

KEMUNCULAN bulan Muharam pada tahun ini bermakna umat Islam telah memasuki tahun baru Hijrah 1430. Sejarah mencatatkan bahawa peristiwa hijrah ini amat besar ertinya bagi perjuangan Rasulullah khususnya, dan umumnya kepada seluruh umat Islam. Peristiwa ini juga bertujuan merubah strategi perjuangan Nabi SAW. dalam menegakkan syiar Islam.

Di bawah panji-panji Islam kaum Muhajirin dan Ansar membangun persaudaraan sejati, membangun masyarakat Madani di bawah pimpinan Rasulullah. Hijrah merupakan perintah ilahiah. Dan tahun Islam mengingatkan kaum Muslim bahawa pada setiap tahun bukan sahaja terhadap kemenangan, tetapi banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan dan bersedia untuk melakukan pengorbanan yang sama seperti yang dilakukan oleh kaum Muhajirin dan Ansar itu. Iman, hijrah dan jihad adalah trilogi perjalanan hidup Rasulullah dan para sahabat.

Trilogi tersebut diabadikan dalam al- Quran pada surah al-Baqarah ayat 218: Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang

Dalam meneruskan perjuangan Islam ini, tiada bekalan yang paling utama selain daripada akidah itu sendiri. Hijrah sebenarnya menggambarkan perjuangan untuk menyelamatkan akidah. Kita hijrah maknawi daripada perbuatan syirik kepada tauhid, dari kufur kepada iman, dari melakukan maksiat kepada taat, dari riak kepada ikhlas, dari takbur kepada tawaduk, dari malas kepada rajin dari khianat kepada amanah, dari dusta kepada jujur, dari perpecahan dan permusuhan kepada perpaduan dan berkasih sayang.

Perjuangan menegakkan akidah umat Islam di negara ini harus dihadapi dengan perjuangan dan keyakinan bahawa Allah swt sentiasa bersama dengan kita. Ini bukan bererti Allah bertempat, berjihad (berpihak) sebagaimana fahaman kumpulan bidaah. Al-Quran sendiri menjelaskan bahawa ketika saat hijrah Rasulullah ia adalah satu kemenangan walaupun ketika itu pada pandangan kita kemenangan itu belum dicapai.

Kalau kamu tidak menolong (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah pun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang daripada dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya. Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.

Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkan dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah al- Taubah ayat 40).

Keteguhan akidah atau agama seseorang itu diukur ketika ditimpa musibah bukan saat kemenangan atau kejayaan. Semua akan memeluk satu akidah apabila melihat kejayaan, namun belum tentu demikian apabila mengalami penderitaan.

Akidah atau tauhid adalah sesuatu yang paling berharga kepada umat Islam. Para Nabi saw. diutus untuk membawa manusia kepada akidah yang sebenar iaitu tauhid mutlak.(kesaan Alah). ketuhanan yang esa dan satu inilah Tuhan yang perlu disembah, Yang terkaya dan tidak berhajat kepada suatu kerana suatu yang lain itu semuanya berhajat dan memerlukan-Nya.

Pastinya benih tanaman akidah yang suci dan bersih ini dapat melahirkan bunga-bunga perpaduan dan kasih sayang, keikhlasan dan ketakwaan serta pengorbanan.

Dalam Islam, akidah yang berunsur ketakwaan inilah yang akan melahirkan amalan yang benar-benar ikhlas, di mana amalan-amalan seseorang tidak akan diterima Allah kecuali amalan-amalan yang dilakukan oleh orang yang tidak menyekutukan atau menyerupakan Tuhannya dengan sesuatu yang lain. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: Tidak ada seumpama-Nya suatu pun. (As-Shuraa ayat 11).

Dari segi realiti pula, apa yang berlaku di negara kita terdapat gerakan-gerakan politik dan ideologi tertentu yang telah mengutamakan kepentingan politik dan peribadi daripada agama Islam itu sendiri sehingga lahir fatwa-fatwa karut yang boleh memesongkan amalan mereka atas alasan tuntutan sunah, agama dan sebagainya.

Akibatnya, kita dapat melihat begitu banyak sekali penyelewengan fikiran dan fahaman baik besar dan kecil tanpa disedari oleh pengikut awam. Semua ini berpunca daripada amalan mentaati semua fatwa yang dikeluarkan oleh pemimpin tertentu dan setengahnya adalah daripada kalangan pemimpin tertinggi agama yang mempunyai kepentingan diri dan politik.

Adalah tidak wajar kepada mana-mana golongan, misalnya mencampuri urusan Allah berhubung dengan perkara- perkara yang hanya diketahui oleh Allah seperti iman dan kufur, syurga dan neraka atau masa depan seseorang itu masuk syurga atau neraka, kerana ia juga dikategorikan sebagai penyelewengan akidah dalam mencapai sesuatu tujuan. Dalam Islam memfatwa dengan menafikan akidah sesama Islam secara rambang dan mudah adalah terkeluar daripada sunah Rasulullah.

Islam amat ketat untuk menentukan seseorang itu terkeluar daripada akidah atau murtad, kecuali setelah dia terang- terangan menunjukkan pengkhianatannya terhadap akidah Islam. Itu pun setelah dinilai dengan saksama oleh orang yang ahli dalam bidang tersebut.

Demikian juga tuduhan zalim dan terkeluar akidah kerana menolak hukum hudud. Kerajaan sebenarnya tidak pernah menolak hukum hudud.Kita menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal- hal lain yang menuju ke arah keislaman, tidak hanya menggunakan undang-undang yang dikatakan Islam sahaja.

Sempena tahun baru Hijrah 1430 ini, kita harus berusaha melawan hawa nafsu yang cenderung mengajak manusia ke arah melakukan perkara-perkara kejahatan dan penyeleweng daripada lunas-lunas syariat. Hijrah daripada sifat jahil kepada sifat kecerdikan dan kepandaian dari sikap jumud tertutup kepada sikap bertoleransi dan berlapang dada. Ini semua merupakan maksud dan tuntutan hijrah dalam Islam.

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Saturday, December 27, 2008

Sedarlah Orang Melayu !!!


SedAR LaH Org MeLAyu!!!


Body: Renung-renungkan lah
paklah tertekan.

pembangkang menekan...
melayu same melayu bermusuhan..
cina n india bertepuk tangan...
nak takluk malaysia da lama dorang idamkan...
hak bumiputera bukan lagi satu keistimewaan....
cina ngan india dah jadik johan!
PKR mengganas...
anwar kuarkan idea 'bernas'...
orang umno hati panas...
MCA n MIC pandai nak kipas...
DAP tetap pilihan cina n india yang teratas...
dorang sokong PKR tu ader 'nas'...
pernah satu tmpt dimana ahli parlimen cina berkata...
saya luar saja BN..dalam hati DAP juga..
kenapa melayu buta mata?
gaduh je yang dorang suke..
kenapa?.....nak tunjuk yang korang berkuasa?
padehal negara di hujung nyawa..
bumiputera dinafikan hak sekeras-kerasnya..

itu ke yang orang melayu suka?
demonstrasi sini sana ...
bikin kacau bilau satu negara.....
cina india duduk rumah gelak2 tgk brita...
betapa orang melayu pun dah tak sekuat mana..
mane melayu di masa muka?
anak cucu korang gak yang jadi mangsa..
di perak satu hal..
cina diberi tanah hak milik kekal...
di mana undang2 tubuh negeri perak tak pnh melakukan perkara sebegitu yg tak masu k akal...
skrg melayu yg rugi n tertinggal...

MB pun satu...rujukla org2 atau undang2 yan g dah dibekal...
jangan buat keputusan yan g tak masuk akal...
semate2 nak tunaikan janji mase plihanraye yg dah terlafaz..
cina india otak bijak..
skarang dorang sokong la PAS n PKR, lepas krajaan da jatuh,dorang akan pijak!
kalau anwar jadi perdana menteri..
jika ditakdirkan tuhan keesokkannyer dier mati...
sape yan g akan mengganti?
ahli tertinggi PKR, cina dan india sedia menanti...
orang melayu yan g bijak n pandai n yg kuat PKR kan semua dah kuar parti...
last2 cina india jadi perdana menteri..
hak melayu slama-lamanya dinafi..
di malaysia melayu jadi kuli..
cina india suke hati lagi..
ha melayu...nak sengih lagi?
ade hati nak demonstrasi lagi?
mase tu sape pun tak pduli
pade dorang...lbih baik mlayu mati..
skarang cina india tgh menanti..
paklah undur,najib jadi pengganti...
tapi bila najib jadi perdana menteri..
cina /india dah buat prangkap lagi...
najib akan terjerat oleh skandal sendiri...
tyme ni cina n india hentam najib sparuh mati..
hentaman ini akan berlaku dikala krajaan blom tetapkan penerus generasi perdana menteri...
krajaan pade mase itu takkan dihormati...
peristiwa 13 mei akan berlaku lagi...
ha melayu...gelak la lagi..
bergaduh la sesame sendiri...
tak mustahil org melayu malaysia akan jadi spt org melayu di singapura...
disekat keistimewaan di mana2..
terabai seperti bangkai bernyawa..
SEDARLAH ORANG MELAYU...
TAK GUNE BERMUSUHAN ANTARA PARTI..
TAK K ISAHLA BN K E...PAS KE...
TOLONG LA BERSATU PADU..
NI BUKAN PASAL ISLAM SHJ...TETAPI PASAL MARUAH BANGSA..
PKR TU BONEK AJE..
CINA INDIA SOKONG PUN SBB UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI...
TOLONG LA BUKAK MATE SKET!!!
TAKYAH LA NAK GULING KAN KERAJAAN...
F I KIR LA SKET NASIB MELAYU..
DAH LA PEMERINTAH DAHULU PENAT2 NA K DPTKAN KEMERDE KAAN TANAH MELAYU... ORANG MELAYU ...NAME PUN TANAH MELAYU OII...
SEDARLAH SI KIT...
SAPE YANG NAK BELA MELAYU KALAU BUKAN ORANG MELAYU?
SAPE????????
CINA N INDIA BUKANNYE NAK BELA ORANG MELAYU... KORANG JE Y ANG TERHARAP2...
MELAYU AKAN BELA MELAYU..
TAK KESAH LA BETAPA TERUKNYE DIRI DIER...TERUKNYE PERSONALITI DIER..
JAUH DI SUDUT HATI..TETAP ADE RASE TANGGUNGJWB PD ORG MELAYU..
SEDARLA.....
FIKIR SKET ANAK CUCU...JANGAN FIKIRKAN KITE JE..
TOLONG SEBARKAN PADA SEKALIAN ORANG MELAYU...
SLMT KAN MARUAH MELAYU..
UBAHLAH SEKARANG....
PAS ATAU UMNO ATAU PKR DAH LAA....
BERSATU LAAA ORANG MELAYU...
DEMI ANAK -ANAK DAN CUCU....

SALAM ///

Tuesday, November 11, 2008

Bukan Cina Tak Boleh Jadi PM Singapura Realistik – Rais

Pendirian kepimpinan Singapura yang menegaskan republik itu belum bersedia memilih Perdana Menteri bukan Cina dalam tempoh terdekat menunjukkan penduduk negara itu sebenarnya bersikap realistik terhadap politik majoriti dan perkauman. Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, berdasarkan pendirian itu, seluruh rakyat Malaysia juga seharusnya menerima hakikat bahawa majoriti yang memegang tauliah politik di negara ini ialah orang Melayu. Menurut Rais, sejak tertubuhnya UMNO yang menjadi tulang belakang politik Malaysia pada 1946, orang Melayu merupakan kaum yang mempunyai kuasa politik terbesar.

( Singapura tidak pula dikatakan Rasist kerana orang Cina sahaja layak menjadi PM Singapura )

‘‘Perdana Menteri Singapura (Lee Hsien Loong) sendiri mengakui belum sampai masanya orang Melayu (di Singapura) menjadi Perdana Menteri. Di Malaysia, inilah juga hakikat yang perlu dilihat.

‘‘Saya berani katakan bukan Melayu pun belum sampai masanya menjadi Perdana Menteri di Malaysia dan ia tidak akan menjadi kenyataan sebab majoriti tenaga politik di sini ialah Melayu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Calon Naib Presiden UMNO itu ditanya pandangannya mengenai kenyataan Hsien Loong bahawa Singapura yang mempunyai penduduk berbilang kaum berjumlah lebih 3.5 juta orang belum bersedia memilih Perdana Menteri bukan Cina dalam tempoh terdekat. Hsien Loong membuat kenyataan tersebut kelmarin semasa dialog dengan anggota masyarakat Melayu di republik itu sebagai menjawab soalan sama ada pemilihan Barack Obama sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat (AS) bermakna anggota kaum minoriti di Singapura turut berpeluang menjadi Perdana Menteri. Rais yang merupakan pakar Perlembagaan Persekutuan berkata, hakikat bahawa orang Melayu adalah pemegang kuasa politik Malaysia tidak boleh dilenyapkan begitu sahaja.

Kata beliau: ‘‘Pihak-pihak lain mesti akur dengan apa yang telah diehsankan oleh kontrak sosial.

‘‘Kita sudah ehsankan hak-hak mereka (kaum-kaum lain), maka tidak harus ada pihak yang seolah-olah bersikap buta tuli tentang perkara-perkara sensitif yang harus dilenyapkan hanya semata-mata kerana mereka menjangkakan UMNO telah lemah ketika ini.”

Kemenangan Obama di AS mencetuskan analisis politik di kalangan pihak tertentu di negara ini sehingga ada suara pemimpin bukan Melayu yang mahukan bukan Melayu diberi peluang menjadi Perdana Menteri. Khamis lalu, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, sudah sampai masanya bagi rakyat Malaysia membebaskan diri mereka daripada belenggu isu perkauman. Dengan mengambil Obama sebagai contoh, Tee Keat berkata: ‘‘Sedihnya di Malaysia, kita masih berbalah dalam soal remeh berhubung pelantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).”

( Ong masih lagi lemah didalam sejarah dan perbentukkan negara Malaysia.. Balik buka buku sejarah lah.. tgk siapa yang memperjuangkan Malaysia.. Orang cina ker??? )

Tindakan kerajaan negeri Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS dipersoalkan banyak pihak kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi bumiputera.

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Friday, November 7, 2008

Raja Petra Dibebaskan Hari Ini

Blogger Raja Petra Kamaruddin

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, daripada penahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) setelah membenarkan permohonan habeas corpusnya. Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata walaupun Seksyen 8 ISA selaras dengan Artikel 149 Perlembagaan Persekutuan tetapi dalam kes ini alasan penahanan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar tidak termasuk dalam skop Seksyen 8 akta itu.

Beliau mengarahkan agar Raja Petra, 58, yang kini berada di Kem Tahanan Kamunting, Taiping, sejak 12 September lalu, dibawa ke mahkamah sebelum jam 4 petang ini bagi urusan pembebasannya.Raja Petra telah memohon writ habeas corpus bagi mendapatkan pembebasan dirinya daripada penahanan mengikut ISA dengan alasan bahawa penahanannya tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan. Beliau menamakan Syed Hamid sebagai responden.

Isteri Raja Petra, Mable @ Marina Lee, dan dua orang anak perempuan mereka, Suraya 34, dan Sarah, 19, serta kaum keluarga kelihatan menangis dan berpeluk-pelukan sebaik hakim membuat keputusan itu. Beberapa penyokongnya yang berada di mahkamah bertepuk dan bersorak. Raja Petra diwakili oleh Malik Imtiaz Sarwar, Ashok Kandiah dan Azhar Azizan Harun, dan pendakwaan dilakukan oleh Peguam Kanan Persekutuan Abdul Wahab Mohamad.

Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, yang turut diberkas mengikut ISA pada hari yang sama dengan Raja Petra, telahpun dibebaskan sebelum ini. Artikel 149 Perlembagaan merujuk antara lain kepada kesalahan menyebarkan perasaan permusuhan antara kaum dan yang mendatangkan mudarat kepada ketenteraman awam. Seksyen 8 (1) ISA pula menetapkan bahawa seseorang itu boleh ditahan selama dua tahun mengikut arahan menteri.

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

DAP BIADAP - Tidak Menghormati Parlimen Malaysia

Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah)

Chong Chien Jen (DAP-Bandar Kuching)

Dua ahli Parlimen diperintah keluar

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Dua ahli Parlimen pembangkang hari ini diperintah keluar daripada sidang Dewan Rakyat selepas menimbulkan kekecohan kerana membantah keputusan Yang Dipertua, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang meminta mereka duduk ketika sesi penggulungan peringkat jawatankuasa berlangsung.

Ahli Parlimen terlibat ialah Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) dan Chong Chien Jen (DAP-Bandar Kuching).

Po Kuan sebelum itu membuat bantahan dan mempertikaikan tindakan Pandikar Amin yang didakwanya tidak memberi peluang kepadanya untuk bangun mencelah bagi mendapat penjelasan atau berbahas walaupun telah bangun berdiri sejak semalam lagi.

‘‘Saya telah banyak kali bangun tetapi tidak diberi peluang oleh Yang Dipertua,” katanya dalam nada meninggi suara kepada Pandikar Amin ketika Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Bajet 2009 bagi Jabatan Perdana Menteri.

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Thursday, November 6, 2008

SULTAN PERAK BERTITAH

HENTIKAN TINDAKAN POLITIK KETERLALUAN

Sultan Perak Sultan Azlan Shah bertitah, sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh Raja-raja serta bidang kuasa Raja Pemerintah - merangkumi agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera di Sabah dan Sarawak - perlu terlebih dahulu mendapat perkenan Raja-raja.

Menurut baginda, Raja-raja memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan juga memberi pengiktirafan dan perlindungan kepada warga pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya.

"Persefahaman dan persetujuan yang telah termaktub dalam kontrak sosial berkenaan telah membolehkan negara mencapai kejayaan, kemajuan, keharmonian dan kestabilan," titah baginda di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini selepas dipersembahkan satu memorandum oleh Gabungan Melayu Perak.

Hampir 2,000 wakil dari pertubuhan bukan kerajaan, ahli persatuan silat dan persatuan seni dari seluruh Perak dan Kuala Lumpur, yang diketuai pengerusi gabungan itu Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail, menyertai perarakan aman yang bermula dari Masjid Ubudiah ke istana bagi menyerahkan memorandum itu.

Dalam titah tersebut, baginda mahu rakyat menghentikan segera tindakan politik keterlaluan berhubung kedudukan dan kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain.

Baginda bertitah kebajikan rakyat yang telah memilih kerajaan hendaklah diutamakan dan keamanan negara serta kerukunan rakyat tidak harus dikorbankan semata-mata disebabkan oleh perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.

"Jika berlaku kesilapan dan kegelinciran di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan. Dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka ini tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali.

"Perbuatan demikian jika tidak dihentikan, dibimbangkan akan mengguris hati dan emosi orang Melayu," titah baginda.

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Wednesday, November 5, 2008

PUNCA PAKATAN RAKYAT TIDAK FAHAM PERBENTANGAN BAJET 2009 - SIAPA SURUH KELUAR DEWAN !!!!!


INILAH SEBABNYA PAKATAN RAKYAT TIDAK FAHAM BAGET YANG DIBENTANGKAN OLEH DATO SERI NAJIB. MEREKA DATANG KE DEWAN RAKYAT HANYA UNTUK BERSUKA-SUKA DAN BUKANNYA NAK JAGA KEBAJIKAN RAKYAT YANG SELAMA INI MENJADI MENIFESTO MEREKA. HANYA KEPENTINGAN MEREKA SAHAJA YANG MEREKA FIKIRKAN SELAMA INI.

KALAU BETUL NAK JAGA KEBAJIKAN RAKYAT MEREKA TAK KELUAR DEWAN DAN MEREKA AKAN TELITI BETUL-BETUL BAGET YANG AKAN DISAMPAIKAN.. INI TIDAK SEMUA KELUAR DEWAN DAN HARI INI TERPINGA-PINGA MACAM AYAM BERAK KAPUR.. LEPAS TU DOK BUAT BISING KAT PARLIMEN MCM "B***K"!!!!


SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

DANA RM 7 BILION - STRATEGI BARU ANWAR UNTUK CALARKAN REPUTASI NAJIB

(Cubaan terbaru Anwar supaya kredebiliti Najib bakal dipertikaikan oleh rakyat Malaysia. Adakah agenda Anwar kali ini akan berjaya??)

Penjimatan subsidi minyak jana pertumbuhan negara pertumbuhan negara

KUALA LUMPUR: Kerajaan semalam mengumumkan pelbagai langkah tambahan dalam Bajet 2009, termasuk suntikan perbelanjaan RM7 bilion untuk mengukuhkan daya tahan serta mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negara dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata perbelanjaan tambahan hasil penjimatan subsidi minyak itu akan dibelanjakan untuk 15 bidang meliputi perumahan, pendidikan, pengangkutan serta insentif bagi menggalakkan kegiatan pelaburan dan perniagaan, yang bakal memanfaatkan rakyat secara langsung, sekali gus merangsang kegiatan ekonomi negara.

(Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada sidang media selepas menggulung Perbahasan Bajet 2009 bagi Kementerian Kewangan di Parlimen, semalam.)

Menggulung perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat semalam, Najib yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan langkah meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat termasuk membenarkan pekerja mengurangkan caruman Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP) sebanyak tiga peratus selama dua tahun. Kerajaan juga memberikan pilihan kepada peminjam sedia ada pinjaman perumahan kakitangan awam melanjutkan tempoh bayaran balik sehingga 30 tahun. Had kelayakan pinjaman kereta kakitangan awam sebanyak RM10,000 dinaikkan kepada antara RM55,000 kepada RM70,000 bergantung kepada gred jawatan. Bagi mengurangkan beban pekebun kecil pula, kerajaan akan memansuhkan cukai import sebanyak lima peratus ke atas tujuh jenis baja.

"Dengan langkah ini semua baja mineral diimport tidak lagi dikenakan cukai. Di samping itu pengeluar baja tempatan juga bersetuju untuk mengurangkan sekurang-kurangnya 15 peratus harga baja keluaran mereka dengan serta merta," katanya.

Najib juga mengumumkan penggunaan biodiesel daripada sawit bagi kenderaan kerajaan berkuat kuasa Februari tahun depan dalam usaha kerajaan menstabilkan harga minyak sawit. Untuk menggalakkan aktiviti sektor swasta, beberapa langkah liberalisasi termasuk menghapuskan duti import dan permit import bagi simen dan produk besi keluli panjang untuk sektor pembinaan akan diperkenalkan. Katanya, langkah itu akan menyokong usaha kerajaan merangsang pertumbuhan sektor pembinaan di samping menyediakan persekitaran berdaya saing dalam industri bekalan bahan binaan negara. Bagi menggalakkan pelaburan, terutama dalam sektor hartanah, kerajaan membenarkan individu atau entiti asing membeli hartanah komersil bernilai lebih RM500,000 tanpa memerlukan kelulusan FIC dengan dengan syarat hartanah itu adalah untuk kegunaan sendiri. Untuk membantu usahawan perniagaan kecil pula, Bank Negara Malaysia akan menyediakan dana tambahan RM200 juta untuk disalurkan sebagai pinjaman mudah di bawah Skim Kredit Mikro.


Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi menangani masalah pengangguran, kerajaan akan mewujudkan Skim Pengurusan Pekerjaan Siswazah (GEMS) yang akan dikendalikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd.

"Sasaran program itu ialah untuk melatih sehingga 12,000 graduan dalam tempoh dua tahun," katanya.

Najib menegaskan, dengan mengambil kira semua faktor global dan domestik serta pelaksanaan langkah tambahan bagi Bajet 2009 itu, kerajaan mengunjurkan ekonomi negara akan berkembang pada kadar 3.5 peratus tahun depan. Walaupun lebih rendah daripada unjuran sebelum ini, ia masih di tahap memuaskan berdasarkan senario ekonomi global semasa. Bagi tahun ini, kerajaan yakin ekonomi negara mampu berkembang pada kadar lima peratus. Inflasi pula dijangkakan berada pada tahap antara tiga dan empat peratus jika harga minyak dunia kekal dalam arah aliran menurun seperti sekarang. Beliau juga menjelaskan, di sebalik pelbagai langkah tambahan itu, jumlah perbelanjaan kerajaan yang dibentangkan dalam Bajet 2009 pada Ogos lalu, iaitu RM207.9 bilion masih tidak berubah. Defisit fiskal kerajaan tahun depan juga masih di tahap terkawal, dianggarkan pada kadar 4.8 peratus daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDN) negara. Sebagai langkah baru untuk menjana pendapatan tambahan dan merancakkan lagi kegiatan ekonomi, kerajaan bercadang memaksimumkan pulangan daripada semua aset sedia ada termasuk tanah di kawasan strategik yang belum dimajukan.


Untuk itu, kerajaan bercadang membuat tender terbuka yang membabitkan sektor swasta dan GLC bagi memajukan tanah berkenaan. Sebahagian besar pemerolehan kerajaan pula akan dilakukan melalui tender terbuka dan terhad bagi memastikan kerajaan mendapatkan nilai maksimum bagi wang yang dibelanjakannya. Ia termasuk kontrak dikhususkan untuk Bumiputera yang akan dibuat melalui bidaan kompetitif di kalangan syarikat Bumiputera. Najib menjelaskan, langkah tambahan itu adalah 'tindak balas dasar' terhadap krisis kewangan dunia bagi menjamin pertumbuhan ekonomi negara serta memastikan rakyat tidak terlalu tertekan akibat krisis itu.

"Pembentangan Bajet 2009 lalu sememangnya sudah mengambil kira dan mengunjurkan senario global yang mencabar bagi 2009. Namun, perubahan dalam ekonomi global yang tiba-tiba dan mendadak sejak akhir-akhir ini, memerlukan kita mengambil tindakan proaktif untuk menangani kesan daripada krisis global masa kini. Kerajaan sedar bahawa langkah tambahan biasanya tidak diumumkan dalam ucapan penggulungan, tetapi keadaan yang luar biasa memerlukan tindakan yang juga luar biasa," tegasnya.

Bagi memantau dan menyelaras pelaksanaan projek kritikal dan berimpak tinggi, kerajaan akan menubuhkan Unit Pengurusan Projek di Kementerian Kewangan. Unit dianggotai pegawai kanan kerajaan, badan kawal setia dan GLC terpilih ini akan melapor terus kepada Menteri Kewangan.

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Papan tanda: GGMM saman kerajaan P. Pinang

(PROTES... Sebahagian ahli Gabungan Graduan Melayu Muda mengadakan demonstrasi selepas saman difailkan terhadap Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan kerajaan negeri berhubung isu papan tanda pelbagai bahasa di Georgetown, semalam)

PULAU PINANG 4 Nov. – Ahli Exco Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM), Nik Rizman Sapian hari ini memfailkan saman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang berhubung tindakannya meluluskan permohonan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memasang papan tanda pelbagai bahasa di kawasan tapak warisan di Georgetown.

Nik Rizman yang juga seorang akauntan memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Sahrihan & Hamdan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, hari ini. Beliau yang bertindak sebagai plaintif menamakan MPPP sebagai defendan pertama manakala kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai defendan kedua.

Nik Rizman menuntut deklarasi mahkamah bahawa tindakan defendan kedua meluluskan permohonan defendan pertama untuk memasang tanda nama jalan raya dalam pelbagai bahasa bagi kawasan Georgetown adalah bertentangan dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Beliau juga menuntut injunksi bagi menghalang defendan pertama atau wakilnya daripada memasang papan tanda tersebut.

Mengikut pernyataan tuntutan, Nik Rizman mendakwa sebagai seorang warganegara, beliau bertanggungjawab untuk memelihara dan mempertahankan setiap peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara. Dakwa plaintif, selepas membaca laporan akhbar, laman web dan blok mengenai perkara itu, beliau merasa amat terganggu dan tersinggung dengan permohonan yang dibuat oleh defendan pertama dan dengan keputusan yang dibuat oleh defendan kedua.

Kata plaintif, keputusan tersebut adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Plaintif pada 30 Oktober lalu telah menghantar notis tuntutan kepada defendan-defendan berkenaan menuntut agar membatalkan keputusan untuk memasang papan tanda tersebut. Bagaimanapun, defendan-defendan didakwa telah mengabaikan tuntutan yang dibuat itu. Sehubungan itu, plaintif menuntut supaya injunksi bagi menghalang defendan pertama atau wakilnya daripada memasang papan tanda berkenaan, selain kos dan lain-lain relif yang sesuai oleh mahkamah. Sementara itu, Pengerusi GGMM, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, gabungan yang terdiri daripada golongan profesional itu memfailkan saman kerana kerajaan Pulau Pinang seolah-olah tidak menghormati bahasa Melayu.

‘‘Selepas mengkaji dari semua aspek, kami mendapati peluang adalah sama rata. Justeru, tidak ada salahnya mencuba kerana ia lebih baik daripada hanya melaung-laungkan perasaan tidak puas hati tetapi tidak berbuat apa-apa,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, tindakan mereka itu untuk menunjukkan bahawa perkara yang sudah termaktub dalam perlembagaan terutama membabitkan kaum Melayu tidak boleh sesekali dicabar. Katanya, gabungan itu melambangkan bahawa golongan Melayu muda tidak akan berdiam diri dan akan mencabar sesiapa saja di mahkamah.

‘‘Inilah generasi Melayu baru yang akan mempertahankan hak yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Jadi, jangan sesekali mencabar kaum Melayu dan perlembagaan,” katanya.

Seramai 200 ahli GGMM dari beberapa negeri termasuk Johor, Perak dan Selangor berkumpul di Padang Kota Lama, sebelum berarak kira-kira 200 meter ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Tuesday, November 4, 2008

Isu Eurocopter EC725 Cougar - Strategi Anwar Gagal Jatuhkan Najib

( Anwar Gagal Dalam Cubaannya Untuk Memburukkan Dato Seri Najib)

TIADA PENYELEWENGAN

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati tiada sebarang penyelewengan dari segi prosedur dalam pembelian helikopter Eurocopter EC725 Cougar. Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, penilaian dari segi teknikal dan kewangan pembelian 12 helikopter itu yang keseluruhan berharga RM1.604 bilion termasuk pakej ofset adalah mengikut piawaian antarabangsa.

‘‘Kita mendapati wujud pematuhan kepada prosedur yang ditetapkan dan diguna pakai di peringkat antarabangsa. Ia juga mematuhi syarat-syarat ketat yang ditetapkan dalam rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara negara ini dan Amerika Syarikat,” katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di bangunan Parlimen di sini hari ini. Turut hadir Timbalan Pengerusi PAC dari DAP, Dr. Tan Seng Giew. Mesyuarat yang berlangsung selama tiga hari melibatkan sesi taklimat daripada pegawai tertinggi Kementerian Pertahanan mengenai aspek penilaian teknikal dan Kementerian Kewangan berhubung penilaian kos. Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan keputusan kerajaan untuk menangguhkan pembelian helikopter itu sebagai langkah berjimat cermat berikutan krisis kewangan dunia. Azmi menjelaskan, sebelum ini sebanyak tiga syarikat telah disenarai pendek dalam tender berkenaan yang masing-masing pada harga RM1.262 bilion, RM1.604 bilion dan RM2.442 bilion.

‘‘Kementerian Kewangan telah membuat perakuan untuk memilih Eurocopter pada harga RM1.604 bilion walaupun terdapat sebuah syarikat lain yang menawar kos lebih rendah.
‘‘Ini kerana pengalaman kita mendapati wujud peraturan ketat oleh negara syarikat itu berasal sekiranya kita ingin menaik taraf helikopter yang dibeli,” katanya.

Bagaimanapun, kata beliau, skop penilaian oleh PAC hanya melibatkan harga yang ditawar ketika tender dan tidak dapat mencadangkan harga terbaik yang sepatutnya dibeli berdasarkan perbandingan dengan negara lain kerana pakej Eurocopter mempunyai harga berbeza mengikut keperluan tentera negara terbabit. Dalam pada itu, Azmi berkata, PAC kurang senang kerana tiada penilaian fizikal dilakukan terhadap helikopter yang bakal dibeli sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan.

‘‘Kita juga mengambil berat akan hakikat bahawa jika dilewatkan pembelian Eurocopter, harga yang ditetapkan dalam tender hanya dapat dipertahankan sehingga Februari 2009. Selepas itu rundingan harga baru perlu dilakukan,” katanya.

Menurut beliau, PAC juga memandang serius tentang kelewatan untuk mendapatkan helikopter baru kerana ia akan menyebabkan Nuri yang telah berusia 42 tahun terpaksa diguna sehingga tahun 2015.

‘‘Kerajaan perlu mengambil kira kebimbangan rakyat berikutan 10 buah Nuri telah terhempas dan mengorbankan 95 orang.
‘‘Walaupun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah membuat perakuan Nuri boleh dipakai sehingga 20 tahun lagi, kita berpendapat perlu dilakukan proses naik taraf bagi membolehkan ia beroperasi pada waktu malam dan mempunyai sistem pemanduan automatik ketika operasi menyelamat,” ujarnya.

Bagi menjamin tidak wujud sebarang kelemahan daripada segi penilaian teknikal, tambahnya, PAC telah mendapat perakuan Kementerian Pertahanan dan TUDM untuk mewujudkan pangkalan data yang merekodkan masalah yang timbul dalam pembelian terdahulu termasuk pesawat pejuang Skyhawk dan kereta perisai Scorpion sebagai rujukan. Kata beliau, pihaknya juga mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan panel penilai bebas di semua kementerian untuk memantau segala pembelian yang besar dan menggunakan wang banyak supaya rakyat berasa yakin bahawa segala perolehan dibuat dengan telus. Menurut Azmi, PAC juga membuat keputusan untuk terus memantau proses pembelian Eurocopter kerana ia adalah kes berprofil tinggi dan akan memanggil balik pegawai berkenaan jika wujud isu-isu baru yang berbangkit.

‘‘Jika kerajaan membuat keputusan untuk membelinya, maka PAC mencadangkan kepada pihak TUDM supaya diadakan pemeriksaan rapi sebelum menerima helikopter yang sudah siap,” ujarnya. Mengenai nilai RM1.604 bilion itu berbeza daripada jumlah terbaru yang diumumkan oleh Abdullah iaitu RM1.607 bilion pada minggu lalu, beliau menjelaskan, angka yang disebut Perdana Menteri adalah termasuk kos penghantaran helikopter tersebut.
SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Monday, November 3, 2008

Perlantikan Low Siew Moi Dibantah oleh UMNO Kajang


Demonstrasi bantah pelantikan

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Lebih 30 ahli UMNO Bahagian Kajang mengadakan demonstrasi aman di pintu masuk Plaza Tol Kajang di sini pagi ini. Perhimpunan kira-kira pukul 9 pagi itu bertujuan membantah tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi selaku Pemangku Pengurus Besar perbadanan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Sakaruddin Che Mood ketika dihubungi berkata, demonstrasi itu dilakukan ekoran rasa tidak puas hati dengan keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Beliau berkata, seramai 15 anggota ditempatkan di sekitar kawasan tol tersebut bagi mengawal keselamatan orang awam.

"Bagaimanapun, kesemua mereka bersurai kira-kira dua jam kemudian dan tiada sebarang tangkapan mahupun insiden yang tidak diingini berlaku," jelasnya.

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Sunday, November 2, 2008

Congrats To Dato Seri Najib Tun Razak - The Next Prime Minister Of Malaysia


Tepat jam 4.15 petang tadi Seperti yang dijangkakan, Datuk Seri Najib Tun Razak menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden Umno.
Beliau yang juga timbalan presiden Umno memperolehi pencalonan ke-133 pada jam 4.15 petang tadi dari bahagian Cameron Highlands.
Sokongan tidak berbelah bagi dari perwakilan mencerminkan ketaatan akar umbi kepada saranan Presiden Parti agar peralihan kuasa akan berjalan lancar seperti mana yang dikehendaki oleh rakyat dan ahli Umno sendiri.

Dengan memperolehi pencalonan tersebut, Najib sekaligus menutup peluang ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh untuk bertanding jawatan tersebut.
Tengku Razaleigh memerlukan sekurang-kurangnya 59 pencalonan untuk layak bertanding jawatan presiden.
Kita gembira dengan kemenangan mudah ini kerana ia akan menjadi titik tolak yang baru kepada hala tuju Umno yang sudah dicabar dari arah kiri kanan depan belakang serta dari dalam dan luar BN sendiri. Ia sangat mencabar dan cabaran itulah yang akan dilunaskan 'hutang'nya oleh Datuk Seri Najib selepas sah menjadi PM sekaligus Presiden UMNO tidak lama lagi.


Ku Li yang juga ahli Parlimen Gua Musang, hanya mendapat satu pencalonan dari bahagiannya semalam. Maknanya Ku Li hanya dicalon oleh bahagiannya sendiri dan Ku Li tidak dapat beraksi di pentas nasional dengan sokongan yang lebih kepada 'syok sendiri' tersebut.
Mungkin kerana kredibiliti Najib serta keputusan tidak mempertahankan jawatan Presiden parti oleh Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, maka 'nafsu' Ku Li telah turun mendadak, tidak seperti mana pada detik awal pengumumannya untuk menjadi calon bertanding jawatan tertinggi parti.
Walau bagaimapun, penolakan akar umbi di pentas politik bukan bermakna kehebatan Ku Li tidak dapat digunakan untuk memperkuatkan kerajaan. Mungkin selepas ini ada peluang menjadi 'orang kuat' dalam kabinet jika ada rezeki ?
link:http://penembak-tepat.blogspot.com/

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Hadi minta Penjelasan Dengan Khalid melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar (PKNS)


KEMAMAN 1 Nov. _ Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Selangor melantik Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Kata Abdul Hadi, sebagai sebuah negeri yang majoriti penduduknya orang Melayu dan beragama Islam, sistem pentadbiran sepatutnya diterajui oleh kaum tersebut.Sehubungan itu, beliau akan meminta penjelasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berhubung pelantikan Siew Moi itu.

‘‘Secara umum apa yang saya dapat katakan pemerintahan dan pentadbiran negara mestilah diterajui oleh orang Melayu yang beragama Islam.

“Saya tidak boleh komen lebih-lebih kerana perlu meminta penjelasan daripada rakan-rakan kami di Selangor terlebih dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Ijtimak Kepimpinan Pas Terengganu di bandar Chukai di sini, hari ini.

Isnin lalu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan pelantikan Siew Moi yang sepatutnya bersara tahun ini tetapi dilanjutkan tempoh persaraannya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh setahun bagi mengambil alih tugas Pengurus Besar PKNS sekarang, Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini. Ekoran keputusan itu, enam persatuan kakitangan PKNS menyerahkan memorandum kepada Abdul Khalid dan mendesaknya menarik balik pelantikan Siew Moi itu kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan sosial dan ekonomi bumiputera.

Abdul Hadi berkata, Pas tidak boleh membuat sebarang pendirian berhubung keputusan yang dibuat oleh PKR di Selangor. Menurutnya, pelantikan Siew Moi hanya sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS yang menjalankan tugas-tugas pengurus besar agensi itu.

“Jawatan Pengurus Besar itu masih belum sah dimiliki sepenuhnya oleh Siew Moi,'' jelasnya.

Beliau berkata, isu pelantikan orang bukan Melayu itu juga bukan merupakan perkara dasar pentadbiran di Selangor kerana ia hanya melibatkan sebuah organisasi.

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Minyak dan Pasaran Global


Pada 4 Jun 2008, harga minyak naik RM0.78 satu liter. Hari ini harganya adalah RM2.30 seliter, turun RM0.48 seliter berbanding harga pada 4 Jun lalu. Ketika kenaikan minyak dibuat pada 4 Jun 2008, ramai yang tidak bersetuju alasan kenaikan harga global sebagai punca kenaikan minyak. Sedar atau tidak, kini ramai pula orang yang faham bahawa harga minyak tempatan perlu turun disebabkan harga global turun. Pada awalnya dulu tidak faham, tetapi sekarang semuanya seakan sudah faham nampaknya mengapa harga itu naik dan turun. Bila dapat rebet, semua ambil. Esok, minyak mungkin akan turun lagi. Harga barang sukar hendak turun. Kuasa berada itu berada di tangan pengguna. Gunakan kuasa itu dengan baik.


(Pasaran minyak dunia di kawal oleh konspirasi minyak dari Amerika)

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Tuesday, October 21, 2008

HINDRAF THE END OF THE LEGACY

Pertubuhan HINDRAF merupakan kononnya satu Pertubuhan yang dianggap mampu menjaga orang India daripada ditindas telahpun dibubarkan dan telah diharamkan oleh kerajaan baru-baru ini kerana dianggap pertubuhn ini mampu mencetuskan kembali keganasan seperti mana yang telah berlaku pada 13 Mei 1969.
Benarkah HINDRAF ini mampu menjaga hak-hak orang India???
Jika benar adakah selama ini masyarakat kaum India hidup dalam keadaan sengsara???
Ataupun ianya hanyalah mainan politik orang-orang yang saja mahu PUBLISITI MURAHAN sepaya dia akan dianggap HERO HINDUSTAN yang mampu mengubah negara daripada ” KEZALIMAN PEMERINTAHAN”.... BETUL KA??

Apa yang kita lihat semua ini adalah RETORIK belaka dan hanya mahu mengampu rakyat supaya rakyat bencikan kerajaan yang sedia ada.. Cuba kita lihat sehingga sekarang masyarakat india telah maju dan berdaya saing dengan masyarakat bumiputera yang lain hasil daripada pemerintahan yang sedia ada. Berapa banyak Sekolah Jenis Kebangsaan India ada di negara ini.. Cuba Anda fikirkan adakah sekolah khas untuk orang melayu sahaja... kini yang Cuma ada MCKK.. Adakah ini satu penindasan kaum???

Ternyata HINDRAF hanyalah satu pertubuhan RETORIK belaka yang hanya digunakan untuk menjayakan agenda individu serta mempromosi PARTI mereka... Dulu tak da pun HINDRAF tapi kebajikan rakyat serta kaum India dijaga.. cukup lah dah ada MIC yang boleh menjaga kebajikan rakyat... HINDRAF tidak ada kepentingan langsung jika HINDRAF ini masih wujud.. Hanya membebankan rakyat sahaja.... ALL i have to say is good bye HINDRAF and for the head of PR… Please Stop BULLSHITING people cause all Malaysian know what you lie to them… =)
SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

salam Syawal Anak Bangsa...


Salam syawal kepada semua rakan-rakan serta sahabat andai setelah lama menghilang kini perjuangan bangsa perlu diteruskan agar masyarakat malaysia khususnya anak bangsa sendiri tahu mengenai erti perjuangan serta setiap yang benar pasti akan diselongkar dan akan didedah dalam usaha memerangi ketidakintelektualan sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk memenangkan agenda-agenda yang telah dirancang agar mendapat kuasa supaya dapat disalahgunakan untuk kepentingan sendiri.

Marilah sama-sama kita dedahkan apa yang tersirat disebalik senyuman Sang Saka!!!!!!!

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Karpal Singh - Singh Is King

Karpal Singh - Singh Is King
mamat ni dah nyanyuk dah.. emm jalan pun dah tak boleh dah.. ada hati nak jadi KING... Samdol ada la.. Muka mcm Dogong Afrika ada pulak keinginan nak jadi King... Baduwa Rascall.... !!!

Wild Dogs !!!!

Wild Dogs !!!!
Memang Bahaya, Memang Liar dan Sememangnya GANAS!!!! ( Kurap pun ada)

DRAGONBALL MALAYSIA

DRAGONBALL MALAYSIA

ROAD TO BUKIT SEMALBAU

ROAD TO BUKIT SEMALBAU
kini filem terbaru arahan Anwar Baba yang memaparkan kisah kehidupan haiwan di Bukit Selambau. Mereka seronok berada di sana sehinggalah kedatangan BaBi ( suara latar Tressa Kok) yang cuba untuk merampas kuasa Singa ( suara latar Anwar Ibrahim) dan mahu menjadi raja di kawasan Bukit Selambau itu. Apakah kesudahannya??? marilah sama-sama kita saksikanya di pawagam yang berdekatan