Followers

Thursday, November 6, 2008

SULTAN PERAK BERTITAH

HENTIKAN TINDAKAN POLITIK KETERLALUAN

Sultan Perak Sultan Azlan Shah bertitah, sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh Raja-raja serta bidang kuasa Raja Pemerintah - merangkumi agama Islam, bahasa kebangsaan, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera di Sabah dan Sarawak - perlu terlebih dahulu mendapat perkenan Raja-raja.

Menurut baginda, Raja-raja memahami bahawa Perlembagaan Persekutuan juga memberi pengiktirafan dan perlindungan kepada warga pelbagai bangsa, agama, bahasa dan budaya.

"Persefahaman dan persetujuan yang telah termaktub dalam kontrak sosial berkenaan telah membolehkan negara mencapai kejayaan, kemajuan, keharmonian dan kestabilan," titah baginda di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini selepas dipersembahkan satu memorandum oleh Gabungan Melayu Perak.

Hampir 2,000 wakil dari pertubuhan bukan kerajaan, ahli persatuan silat dan persatuan seni dari seluruh Perak dan Kuala Lumpur, yang diketuai pengerusi gabungan itu Datuk Seri Mohd Hilmi Ismail, menyertai perarakan aman yang bermula dari Masjid Ubudiah ke istana bagi menyerahkan memorandum itu.

Dalam titah tersebut, baginda mahu rakyat menghentikan segera tindakan politik keterlaluan berhubung kedudukan dan kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain.

Baginda bertitah kebajikan rakyat yang telah memilih kerajaan hendaklah diutamakan dan keamanan negara serta kerukunan rakyat tidak harus dikorbankan semata-mata disebabkan oleh perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin dan kumpulan tertentu.

"Jika berlaku kesilapan dan kegelinciran di peringkat pelaksanaan dasar tertentu, yang perlu diperbetulkan adalah mekanisme pelaksanaan. Dasar tunjang yang menjadi asas kepada pembinaan sebuah negara merdeka ini tidak harus disentuh, diuji dan dicabar sama sekali.

"Perbuatan demikian jika tidak dihentikan, dibimbangkan akan mengguris hati dan emosi orang Melayu," titah baginda.

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

1 comment:

Unknown said...

Salam..

Sultan Perak adalah satu-satunya Sultan yang masih memikirkan da memperjuangkan hak Melayu.

Tapi malang, Pak Nizar yang menjadi ketua eksekutif pentadbiran di Perak, jelas bersama dengan puak DAP, mengancam ketuanan Melayu.

Daulat Tuanku..
Semoga Allah menyelamatkan Melayu perak yang tidak berdosa dan mengembalikan kepimpinan Perak kepada yang berhak.

InsyaAllah

Ikhlas,
www.empayar-malaya.blogspot.com

Karpal Singh - Singh Is King

Karpal Singh - Singh Is King
mamat ni dah nyanyuk dah.. emm jalan pun dah tak boleh dah.. ada hati nak jadi KING... Samdol ada la.. Muka mcm Dogong Afrika ada pulak keinginan nak jadi King... Baduwa Rascall.... !!!

Wild Dogs !!!!

Wild Dogs !!!!
Memang Bahaya, Memang Liar dan Sememangnya GANAS!!!! ( Kurap pun ada)

DRAGONBALL MALAYSIA

DRAGONBALL MALAYSIA

ROAD TO BUKIT SEMALBAU

ROAD TO BUKIT SEMALBAU
kini filem terbaru arahan Anwar Baba yang memaparkan kisah kehidupan haiwan di Bukit Selambau. Mereka seronok berada di sana sehinggalah kedatangan BaBi ( suara latar Tressa Kok) yang cuba untuk merampas kuasa Singa ( suara latar Anwar Ibrahim) dan mahu menjadi raja di kawasan Bukit Selambau itu. Apakah kesudahannya??? marilah sama-sama kita saksikanya di pawagam yang berdekatan