Followers

Thursday, July 10, 2008

BERMUBAHALAH DAHULU BARU BOLEH CERITA PASAL QAZAF...!!!!!!!!!


KUALA LUMPUR 9 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat satu laporan menuntut tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf terhadap Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa Anwar meliwatnya.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat laporan tersebut di Unit Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sini kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Undang-undang syariah di Wilayah Persekutuan mempunyai peruntukan qazaf iaitu hukuman ke atas sesiapa yang membuat tuduhan zina palsu terhadap orang lain mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Mengikut peruntukan itu, sesiapa yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar (pengakuan) orang yang dituduh, dia melakukan kesalahan yang boleh dihukum denda RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Ketika ditemui pemberita di luar bangunan JAWI di sini selepas beliau selesai membuat laporan tersebut, Anwar memberitahu, beliau mengambil keputusan itu selepas dinasihati oleh beberapa ulama dan peguamnya.

Ketibaan Anwar di bangunan JAWI berhampiran Masjid Negara di sini diiringi isterinya yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta peguam Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek dan Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Laporan Anwar itu diambil oleh Pegawai Penguat Kuasa JAWI, Mohd. Ajib Ismail.

Menurut Anwar, tindakan beliau membuat laporan kepada JAWI sebagai penguat kuasa undang-undang syariah di Wilayah Persekutuan bukan bertujuan menghalang dan menidakkan saluran mahkamah sivil.

“Ini bukan nak halang apa-apa, cuma bersihkan nama. Dan mengikut peruntukan penguatkuasaan (undang-undang syariah) memang ada peruntukan (qazaf).

“Kita diberitahu, pihak penguat kuasa JAWI akan segera siasat laporan ini,” ujarnya.

Sementara itu, peguam beliau, Kamar Ainiah menjelaskan, Anwar membuat laporan itu kepada JAWI memandangkan dalam kes liwat yang sedang dihadapinya, hukuman qazaf ke atas orang yang membuat tuduhan palsu tiada dalam undang-undang jenayah sivil.

“Peruntukan undang-undang (mengenai tuduhan palsu tanpa saksi) ini hanya termaktub di bawah kesalahan jenayah syariah, sebab itu kes ini perlu dibicarakan dan diadili mahkamah syariah,” jelasnya.

"Bukan kita tidak benarkan brader Anwar untuk buat laporan Qazaf tapi buat dahulu yang mana patut ini tidak dahulu dia kata dia sanggup BERMUBAHALAH namun sehingga kini rakyat Malaysia menanti sampai sekarang tak dengar pun apa-apa berita. Kalau tak berani cakap la tak berani. yang ni duk terhegeh-hegeh nak cakap banyak buat apa. Saya nak tanya kepada Brader Anwar kenapa dia terlalu kalut dah macam ayam kena cabut bulu. Dia kata kita tak boleh nak percaya sangat bulat-bulat dengan DNA. Akan tetapi Dahulu masa duduk dalam UMNO dia kata DNA adalah bukti kukuh dan boleh dipercayai tapi sekarang lain pulak dah.. aduhsssssss.... Biasa lah orang nak hidup macam-macam boleh jadi tak betul haha.. sama-sama kita pikir lah sendiri.."

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

No comments:

Karpal Singh - Singh Is King

Karpal Singh - Singh Is King
mamat ni dah nyanyuk dah.. emm jalan pun dah tak boleh dah.. ada hati nak jadi KING... Samdol ada la.. Muka mcm Dogong Afrika ada pulak keinginan nak jadi King... Baduwa Rascall.... !!!

Wild Dogs !!!!

Wild Dogs !!!!
Memang Bahaya, Memang Liar dan Sememangnya GANAS!!!! ( Kurap pun ada)

DRAGONBALL MALAYSIA

DRAGONBALL MALAYSIA

ROAD TO BUKIT SEMALBAU

ROAD TO BUKIT SEMALBAU
kini filem terbaru arahan Anwar Baba yang memaparkan kisah kehidupan haiwan di Bukit Selambau. Mereka seronok berada di sana sehinggalah kedatangan BaBi ( suara latar Tressa Kok) yang cuba untuk merampas kuasa Singa ( suara latar Anwar Ibrahim) dan mahu menjadi raja di kawasan Bukit Selambau itu. Apakah kesudahannya??? marilah sama-sama kita saksikanya di pawagam yang berdekatan