Sempena 100 hari pemerintahan, Khalid Ibrahim telah memberi hadiah  'istimewa' kepada para pengikutnya. Antara orang yang paling 'gembira' menerima  hadiah itu ialah Yahya Shahri.Khalid telah memecat pegawai kanan yang dilantiknya sebaik sahaja menjadi  MB Selangor. Tidak lain dan tidak bukan pegawai yang dimaksudkan ialah Yahya  Shahri, seorang aktivis PKR Selangor. Yahya Shahri dituduh melakukan penyalahgunaan kuasa dengan memonopoli  pengagihan kontrak pembuangan sampah di Petaling Jaya.
Penyokong-penyokong Yahya telah berkumpul di Diamond Square Gombak minggu  lalu untuk berbincang strategi menjatuhkan Khalid. Mereka merancang membuat piket, mengedar risalah dan menghantar memorandum  kepada Anwar Ibrahim agar Khalid dipecat. Yahya menuduh Khalid mementingkan kroni-kroni untuk membolot projek dan  menyisihkan pejuang-pejuang lama PKR. Khalid dituduh mementingkan kumpulan  korporat elit dan meminggirkan kumpulan reformis dan marhaen.
Khalid juga mendapat komisen dengan memberi projek rumah kedai kepada Lim  Kim Hong (kroni Khalid) di Seksyen 7, Shah Alam. Lim Kim Hong adalah bekas  pemegang saham Kanzen Berhad atau Dreamland Holdings Bhd. Kini perniagaan Lim  kembali aktif dengan pertolongan Khalid melalui syarikatnya Sumurwang Sdn  Bhd.
Hubungan perniagaan Khalid - Lim bermula sejak Khalid memegang Guthrie  lagi.
  
Ezam Mohd Noor pula menuduh Khalid menutip derma daripada  kontraktor-kontraktor yang memohon projek di Selangor untuk sambutan 100 hari  Pakatan Rakyat. Menurut Ezam, duit yang diderma itu bukan untuk sambutan program  tetapi sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun PKR.
  
Khalid mengakui mengutip derma daripada kontraktor dan dimasukkan ke dalam  akaun parti. Dakwanya perbuatan tidak salah.
  
Sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di Stadium Shah Alam baru-baru ini tidak  mencapai target sasaran iaitu seramai 100,000. Program itu diboikot oleh  penyokong PAS kerana Nik Aziz dan Haji Hadi tidak hadir.
  
Penyokong PAS beranggapan program itu dimonopoli oleh PKR dan bertujuan  untukmengangkat Anwar Ibrahim. Kemarahan penyokong PAS semakin bertambah kerana  hanya bendera & banner PKR dipasang di dalam & di luar stadium.
  
Khalid pula menyalahkan PAS kerana cuba sabotaj program tersebut dengan  tidak memasang bendera dan tidak hadir. PAS pula dakwa Khalid beri notis satu  hari sebelum sambutan dan tiada perbincangan bersama dibuat sebelum ini.
 
No comments:
Post a Comment