Merujuk kepada perkara di atas, Raja Petra sengaja mahu menginayakan politik Dato Seri Najib.. dengan secara terang-terang dia menipu pembaca blog dan juga negara dengan menuduh isteri kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu sebagai saksi kepada pembunuhan Atlantuya Shariibuu tarikh yang didakwa oleh Raja Petra adalah pada bulan puasa. Pada bulan puasa, umat Islam menunaikan ibadah dan juga membuat kebajikan dan Datin Seri Paduka Rosmah Mansor merupakan salah seorang daripada umat Islam yang menunaikan kewajipan beliau pada bulan yang mulia itu sambil mengkhatam Quran pada setiap tahun di Ramadhan. beliau bukan seorang yang bodoh boleh melibatkan diri di dalam perkara yang di dakwa oleh Raja Petra. Beliau adalah seorang yang pandai dan bijak mengendalikan apa jua tugas yang dilakukan. kepandaian beliau digunakan untuk memanfaatkan kepada rakyat seperti memperkenalkan dan menubuhkan Permata Negara untuk membantu kanak-kanak dari kecil hingga lah menjadi bijak pandai. Cuba kita fikirkan bersama bahawa orang seperti ini ke yang sanggup melakukan perkara sekeji ini? Orang yang berfikiran sempit seperi Raja Petra ini adalah orang yang tak berguna dan mahu memecahbelahkan politik Dato Seri Najib.
Saya sebagai warga negara malaysia, saya merasa amat kesal dengan perbuatan saudara Raja Petra.. sepatutnya kita sayangkan pemimpin seperti Dato Seri Najib dimana sukar dicari ganti. Pendapat peribadi saya, orang yang cuba mengianayakan politik Dato Seri Najib adalah dianggap gagal dan sebaliknya mereka cuba menggunakan Datin Seri Paduka Rosmah didalam usaha untuk mengugat kedudukan politik Dato Seri Najib. Saya berharap kepimpinan negara malaysia ini akan mengambil peka terhadap perkara ini dan perlu mengambil tindakan yang serius. Jika pekara ini boleh dilakukan oleh Raja Petra kepada Dato Seri Najib, maka tidak mustahillah pekara yang sedemikian boleh dilakukan ke atas Perdana Menteri kita.
@ ayuh rakyat Malaysia kita sama-sama doa kesejahteraan pemimpin kita dan juga kedaulatan negara Malaysia seperti mana yang ditinggalkan oleh Tun Mahathir.

No comments:
Post a Comment