
Pakatan Kit Siang & The Geng yang mendominasi Pakatan Rakyat sekarang.
Nampaknya kejadian kepimpinan PAS keluar beramai ramai pada 1982 kerana tidak bersetuju dengan Allahyarham Tan Sri Asri Muda (Yang Dipertua PAS) akan berulang lagi. Selepas 26 tahun, golongan ulama dan ustaz dalam PAS sudah mulai tersedar bahawa perjuangan PAS sekarang sudah jauh menyimpang daripada target untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Malah PAS sudah boleh bekerja sama dengan DAP, yang secara terang terangan menolak negara Islam. Situasi kali ini ialah mereka tidak puas hati terhadap Presiden iaitu Haji Hadi Awang yang banyak terpengaruh dengan pemikiran Anwar Ibrahim.
Langkah untuk membawa masuk PAS kembali dalam UMNO kali ini, dipikul oleh Ustaz Nasharuddin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS). Bersama sama dengan Mustapha Ali (Pesuruhjaya PAS Terengganu), Haron Taib (Ketua Dewan Ulama PAS) dan Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS). Usaha Ustaz Nasharuddin ini direstui oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Semuanya bakal kembali pulang ke gagang. Termasuklah Tuan Guru Nik Aziz yang suatu ketika dahulu pernah bertugas sebagai Pegawai KEMAS sebelum masuk PAS. Nik Aziz sudah berusaha untuk menyatukan orang Melayu PAS dan UMNO sejak mula mula masuk PAS lagi?
Ustaz Nasharuddin sudah beberapa kali bertemu, berbincang dan menelefon dengan beberapa orang pemimpin UMNO untuk berunding dan menyatukan kembali orang Melayu. Namun khabarnya, usaha ini ditentang keras oleh golongan liberal PAS yang tidak suka melihat PAS dan UMNO bergabung kembali. Golongan liberal PAS ini adalah kalangan bekas bekas orang Anwar Ibrahim yang sekarang ini sudah berada dalam posisi tertinggi kepimpinan PAS. Mereka termasuklah Haji Hadi Awang, Kamaruddin Jaafar, Husam Musa dan Mahfuz Omar.

Kalangan orang orang PAS yang sudah mendapat jawatan sebagai wakil rakyat, ahli parlimen, exco kerajaan negeri dan Menteri Besar sudah mula berkira kira menghitung angka dalam akaun. Masakan tidak, projek balak dan tender terbuka di depan mata. Siapa yang menentang arus dan mengikut Ustaz Nasharuddin pastinya akan dicantas daripada mendapat projek dan tender. YB PAS yang sudah menang sudah banyak terhutang budi pada Anwar, Kit Siang dan Karpal. Slogan kepimpinan bersama ulama dan membangun bersama Islam sudah mula dipinggirkan secara perlahan lahan.

21 Jun 2008, Koh Tsu Koon (Pemangku Presiden Gerakan) sudah berani berkata dominasi dalam UMNO perlu dikurangkan. 26 Mei 2008, Kit Siang telah berkata tidak perlu lagi Ketuanan Melayu. Ada tak Gerakan dan DAP bertelingkah sesama sendiri tentang soal bangsa mereka? Bila satu parti Melayu yang kuat seperti UMNO diasak dengan kuat, semua pemimpin bukan Melayu mula ambil kesempatan. Yong Teck Lee, Koh Tsu Koon, Kit Siang, Karpal, Guan Eng semuanya asak UMNO kerana mereka mahu melihat parti Melayu yang paling kuat menjadi lemah. Chin Peng pun sekarang ini tengah berusaha memohon untuk kembali ke Malaysia.

No comments:
Post a Comment