Memang pada hari Isnin 19 Mei telah membawa detik hitam di dalam UMNO kerana perginya seorang Bapa Pembangunan yang telah merasakan perjuangannya di dalam UNMO hanyalah sia-sia. Tepat detik 12.30 petang pada hari itu saya telah mendapat satu SMS daripada rakan seperjuangan saya yang menyatakan bahawa Tun telah meninggalkan UMNO dan mungkin beliau akan merubah fikiran sekiranya pucuk pimpinan kita ditukarkan. Saya pada masa itu berada di kampung saya teramam seketika dan macam-macam persoalan yang mula bertubi-tubi bermain di fikiran saya. Betulkah SMS ini. Kalu benar makanya UMNO perlu mencari jalan penyelesaiannya. Bukan senang kita mahu membina sebuah parti yang begitu kukuh dan menjaganya.
Namum begitu, ada persoalan yang saya ingin bincangkan iaitu UMNO ke mana Arah tujunya selepas ketiadaan Tun???? Mampukah kita mempertahankan ketuanan melayu ini ataupun UMNO bakal berpecah kepada dua buah parti lagi..???
Memang terasa pedih dan sebak apabila shahboy mendengar kenyataan Tun. Terasa onak duri menyucuk-nyucuk jantung tatkala mata bagaikan tidak mahu melihat apa yang telah berlaku kepada UMNO. Namun shahboy kembali terima akan dugaan Allah dengan menyerahkan semua takdir. Setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya.... Insyallah...
Kini yang menjadi persoalan utama adalah kemana arah tuju Ketuanan Melayu setelah ketiadaan Tun di dalam UMNO.. emm memang susah hendak di jawab namun seperti shahboy mengatakan tadi pasti ada hikmahnya.. apa yang shahboy nampak ketuanan melayu masih lagi dipertahankan oleh UMNO yang nyata parti dominan bagi orang Melayu. Ketiadaan Tun jelas sekali tidak melemahkan UMNO didalam memperjuangkan ketuanan melayu yang selama ini menjadi agenda utama penubuhan UMNO. Pengeluaran Tun hanya la disebabkan oleh masalah peribadi dan tiada kena mengena dengan parti itu sendiri. Shahboy percaya tidak lama lagi UMNO akan kembali bersatu seperti mana sebelum ini.
Insyallah sama-samalah kita berdoa agar ketuanan melayu terus kukuh dan utuh dan terus menjadi wadah perjuangan bangsa kita. Amin..Amin... Amin
@ Pejuangan Belum Lagi Selesai
No comments:
Post a Comment