Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat negara apabila hari ini merupakan hari terakhir Dato Seri Abdullah Memengang tampuk pemerintahan negara dan besok merupakan Hari yang bersejarah kepada negara juga kerana Malaysia dengan bangganya telah menerima satu perubahan terhadap pentadbiran negara dengan Perdana Menteri yang ke 6 buat negara akan mengambil dan menerajui tampok pemerintahan yang telah sedia ada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi keluar dari Istana Negara selepas kira-kira sejam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi mohon perkenan menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib Razak. gambar ini diambil pada jam 10.57 pagi.
Dato Seri Najib Dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri sekitar selepas solat jumaat esok. Diharapkan perubahan tampuk pemerintahan ini dapat mengembalikan kegemilangan rakyat serta negara.
HIDUP BARISAN NASIONAL!!!!!!!
Shahboy
Naib Presiden 1 Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)