Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat negara apabila hari ini merupakan hari terakhir Dato Seri Abdullah Memengang tampuk pemerintahan negara dan besok merupakan Hari yang bersejarah kepada negara juga kerana Malaysia dengan bangganya telah menerima satu perubahan terhadap pentadbiran negara dengan Perdana Menteri yang ke 6 buat negara akan mengambil dan menerajui tampok pemerintahan yang telah sedia ada.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi keluar dari Istana Negara selepas kira-kira sejam menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bagi mohon perkenan menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib Razak. gambar ini diambil pada jam 10.57 pagi.
Dato Seri Najib Dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri sekitar selepas solat jumaat esok. Diharapkan perubahan tampuk pemerintahan ini dapat mengembalikan kegemilangan rakyat serta negara.
HIDUP BARISAN NASIONAL!!!!!!!
Shahboy
Naib Presiden 1 Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
3 comments:
BTC, memang broken betul la ko ni. ketinggalan zaman. ko dah check n confirm ke angkat sumpat akan berjalan esok. tgoklah berita2 merapu mlm ni ok.
Yang jelas kini Najib telah pun diperkenan olih Agung untuk ditabalkan sebagai PM yang baru.Diharap benar agar PM Najib benar benar menjadi PM yang tawaduk seperti yang telah disuarakan nya.Makna nya beliau akan menjadi pemimpin yang benar benar beriman,memerintah negara Malaysia ini mengikut pertunjuk Allah.Dan memastikan siapa sahaja yang terlibat dengan rasuah,salah guna kuasa dan penyelewangan akan dibawa kemuka pengadilan tanpa pilih kasih.Juga siapa yang menjadi dalang pada pembunuhan gadis mongalia itu dibawa kemuka pengadilan tanpa mengira darjat.Jika ini dapat dilaksanakan olih Najib sepanjang ia sebagai PM,maka sudah pasti sokongan terhadap umno akan kembali pulih.Juga yang lebih utama ialah,Islam itu benar benar didaulatkan di bumi Malaysia ini.
najib C4...!!! Sekebal kapal selam TANIAH..!
Post a Comment