Maklumat dari PAS mengatakan sudah ada rundingan semula antara UMNO dan PAS yang diusahakan sejak akhir-akhir ini. Pertemuan itu sudah diadakan di rumah seorang pemimpin Majlis Tertinggi UMNO yang juga merupakan Adun di Kelantan.
Dalam akhbar Siasah terbaru Haji Hadi Awang dan Mohamad Sabu (Naib Presiden PAS) bersetuju dengan pertemuan itu ke arah membentuk "kerajaan perpaduan" tetapi kem Erdogan diwakili oleh Mahfuz Omar tidak bersetuju dengan pertemuan itu.
Sumber ada menyebut usaha membentuk kerajaan perpaduan (UMNO-PAS) AKAN DIBINCANGKAN SECARA SERIUS SELEPAS MAC INI.
Kem Erdogan dijangka akan mencalonkan HUSAM MUSA menjadi Presiden PAS dalam Pemilihan Muktamar PAS dan akan dijalankan pada bulan JUN ini.
SHAHBOY
Naib Presiden 1 Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
4 comments:
Memang ini yg kita nantikan selama ini. Hanya UMNO dan PAS sahaja yg memeperjuangkan Islam dan orang Melayu. kalau mereka bersatu, syukur Alhamdullilah.
Aku rasa inilah nikmat yg paling besar dari Allah jika ini berlaku.
Marilah kita berdoa bersama-sama.
Bolehkah mereeka dipercayai? pernah suatu ketika mereka mengkafirkan umno kerana berkerjasama dgn parti bukan Islam tp cuba kita lihat, siapa yg bersengkongkol dgn parti bukan Islam bahkan mempertahankan yb bukan Islam yg terlibat dgn kes gambar bogel?
Mengapa terlalu terdesak utk bekerjasama? Adakah UMNO sudah kehilangan kredibiliti atau sudah kehilangan kepercayaan daripada rakyat?
Sama-samalah kita bermuhasabah diri. Sembahyang istikharah dan minta petunjuk utk mendapat kebenaran. Semoga poltik Malaysia kembali aman dan BERSIH !!!!
Kalau Melayu bergabung dengan Melayu saya sokong sangat. Islam bergabung Islam saya setuju sangat. Baru Melayu dan Islam boleh bagun. Tapi kalau ambil fikiran Nik Aziz telungkup habis. Dia nak tegak Islam bersama Karpal kemudian cita-cita utamanya nak jatuhkan UMNO saja. Matlamat perjuangannya kecil sangat.
Auuum!
Bersatu untul islam untuk kegemilangan melayu, islam harus di dahulukan Pak
Post a Comment