DAP semalam meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai pemimpin Pakatan Rakyat kerana mempromosikan budaya melompat parti dengan memancing wakil rakyat Barisan Nasional (BN). Pengerusi DAP, Karpal Singh, berkata Anwar tidak layak untuk menerajui Pakatan Rakyat kerana tindakannya mempromosikan politik lompat parti adalah perbuatan tidak bermoral serta menjejaskan imej Pakatan Rakyat. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor turut menempelak Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, kerana menyokong apa saja tindakan Anwar serta meminta mereka kembali kepada perjuangan parti.
"Pakatan Rakyat memerlukan ketua yang baik dan bukannya pemimpin tidak bermoral dengan membenarkan tindakan wakil rakyat melompat seperti dilakukan oleh Anwar.
"Anwar harus bertaubat kerana tindakan kotornya memancing wakil rakyat daripada parti lawan sehingga menjejaskan imej Pakatan Rakyat yang dilihat tidak menghormati keputusan rakyat," katanya dalam sidang media di sini, semalam.
Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tumbang minggu lalu, apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), masing-masing tiga daripada PKR dan satu DAP, bertindak keluar parti untuk menyokong BN. Karpal juga membayangkan DAP mungkin keluar daripada Pakatan Rakyat jika perbuatan memancing wakil rakyat terus diamalkan Anwar dalam usahanya menjadi Perdana Menteri.
"Tindakan ini mungkin terpaksa diambil kerana saya tidak mahu DAP terbabit dengan komplot Anwar yang cuba memancing wakil rakyat BN kerana perbuatan sedemikian jelas tidak menghormati keputusan rakyat.
"Anwar sudah menimbulkan banyak masalah kepada negara dan DAP kini tidak pasti sama ada beliau adalah individu yang benar-benar layak mengetuai Pakatan Rakyat," katanya.
Karpal turut melahirkan kekecewaannya terhadap Kit Siang dan Guan Eng yang kerana menyokong apa saja tindakan Anwar sedangkan beliau adalah Pengerusi DAP.
"Saya sudah terlalu lama bersabar dengan sikap mereka yang membiarkan saya berseorangan memperjuangkan isu yang dirasakan relevan kepada perjuangan DAP,"
SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

No comments:
Post a Comment