KUALA LUMPUR 16 Julai – Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selesai disoal siasat oleh polis lewat petang ini, dibawa untuk pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur malam ini.
Anwar yang dibawa keluar dari pintu belakang Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini pada pukul 8.35 malam tiba di HKL 10 minit kemudian.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang memakai kot kelabu tiba di Wad Diraja HKL dengan kawalan ketat pasukan polis.
Sebanyak 11 kenderaan tiba bersama-samanya iaitu dua MPV dan sembilan kenderaan pacuan empat roda termasuk yang dinaiki Anwar.
Peguamnya, Saiful Izham Ramli yang ditemui pemberita memberitahu, Anwar dibawa ke HKL untuk ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA).
SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
No comments:
Post a Comment