Followers

Sunday, July 6, 2008

Anwar Akan Bersumpah Di Stadium Kelana Jaya Malam Ini?

Pada 4 Julai 2008, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan) berkata "mubahalah" atau bersumpah dengan menjunjung Al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam. Nik Aziz menyatakan bahawa Allah SWT boleh melaknatkan mana-mana pihak yang bersalah. "Dalam Quran sudah menyebut, setelah sudah tiada ikhtiar lagi dalam menyelesaikan kemelut yang memalukan itu, siapa yang tidak bersalah Tuhan tolong," katanya kepada pemberita. Nik Aziz tidak datang ke Stadium Kelana Jaya malam nanti. Hussam Musa (Naib Presiden PAS) yang menggantikan Nik Aziz. Apakah Nik Aziz merajuk dan berjauh hati dengan Anwar?
Pada 3 Julai 2008, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (Mufti Perlis) meminta kedua-dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan supaya ‘bermubahalah’ atau bersumpah.“Semua orang tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang bohong. Jadi bagi membantu menyelesaikan kekalutan isu liwat ini, saya syorkan kedua-dua mereka ini bermubahalah.Mubahalah di sini bermaksud sumpah laknat,” katanya. Menurut Mohd. Asri, Anwar dan Mohd. Saiful hendaklah bersumpah laknat iaitu dengan melafazkan sumpah: “Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya.“Mereka juga hendaklah bersumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya tidak melakukannya,” katanya.

Pada 5 Julai 2008, Utusan Malaysia, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini enggan menjawab soalan media berkenaan cabaran supaya beliau bersumpah dengan menjunjung Al-Quran berhubung tuduhan liwat terhadapnya di Butterworth, Pulau Pinang.Ketika ditemui pemberita selepas mengadakan ceramah perdana di sini malam ini, beliau yang dikawal ketat oleh beberapa penyokongnya terus berlalu tanpa menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

Apakah Anwar sedang memikirkan masa dan tempat yang sesuai untuk melakukan sumpah? Jika dikira bilangan orang yang ramai, maka malam ini ialah masa yang sesuai. Mungkin malam ini di Stadium Kelana Jaya, Anwar akan bersumpah di hadapan sejuta orang? Kalau Anwar tidak melakukannya malam ini, bermakna Anwar sudah mengecewakan penyokongnya sendiri dan seolah menyembunyikan sesuatu dari mereka. Maka jika ada orang mula meraguinya selepas itu, ianya tidak boleh lagi dianggap sebagai perasaan hasad dengki (PHD).

No comments:

Karpal Singh - Singh Is King

Karpal Singh - Singh Is King
mamat ni dah nyanyuk dah.. emm jalan pun dah tak boleh dah.. ada hati nak jadi KING... Samdol ada la.. Muka mcm Dogong Afrika ada pulak keinginan nak jadi King... Baduwa Rascall.... !!!

Wild Dogs !!!!

Wild Dogs !!!!
Memang Bahaya, Memang Liar dan Sememangnya GANAS!!!! ( Kurap pun ada)

DRAGONBALL MALAYSIA

DRAGONBALL MALAYSIA

ROAD TO BUKIT SEMALBAU

ROAD TO BUKIT SEMALBAU
kini filem terbaru arahan Anwar Baba yang memaparkan kisah kehidupan haiwan di Bukit Selambau. Mereka seronok berada di sana sehinggalah kedatangan BaBi ( suara latar Tressa Kok) yang cuba untuk merampas kuasa Singa ( suara latar Anwar Ibrahim) dan mahu menjadi raja di kawasan Bukit Selambau itu. Apakah kesudahannya??? marilah sama-sama kita saksikanya di pawagam yang berdekatan