Followers

Tuesday, June 24, 2008

SUDAH 100 HARI BERLALU.. NAMUN PAKATAN RAKYAT KIAN RAPUH.. APA SUDAH JADI????



Sempena 100 hari pemerintahan, Khalid Ibrahim telah memberi hadiah 'istimewa' kepada para pengikutnya. Antara orang yang paling 'gembira' menerima hadiah itu ialah Yahya Shahri.Khalid telah memecat pegawai kanan yang dilantiknya sebaik sahaja menjadi MB Selangor. Tidak lain dan tidak bukan pegawai yang dimaksudkan ialah Yahya Shahri, seorang aktivis PKR Selangor. Yahya Shahri dituduh melakukan penyalahgunaan kuasa dengan memonopoli pengagihan kontrak pembuangan sampah di Petaling Jaya.

Penyokong-penyokong Yahya telah berkumpul di Diamond Square Gombak minggu lalu untuk berbincang strategi menjatuhkan Khalid. Mereka merancang membuat piket, mengedar risalah dan menghantar memorandum kepada Anwar Ibrahim agar Khalid dipecat. Yahya menuduh Khalid mementingkan kroni-kroni untuk membolot projek dan menyisihkan pejuang-pejuang lama PKR. Khalid dituduh mementingkan kumpulan korporat elit dan meminggirkan kumpulan reformis dan marhaen.

Khalid juga mendapat komisen dengan memberi projek rumah kedai kepada Lim Kim Hong (kroni Khalid) di Seksyen 7, Shah Alam. Lim Kim Hong adalah bekas pemegang saham Kanzen Berhad atau Dreamland Holdings Bhd. Kini perniagaan Lim kembali aktif dengan pertolongan Khalid melalui syarikatnya Sumurwang Sdn Bhd.

Hubungan perniagaan Khalid - Lim bermula sejak Khalid memegang Guthrie lagi.
Ezam Mohd Noor pula menuduh Khalid menutip derma daripada kontraktor-kontraktor yang memohon projek di Selangor untuk sambutan 100 hari Pakatan Rakyat. Menurut Ezam, duit yang diderma itu bukan untuk sambutan program tetapi sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun PKR.
Khalid mengakui mengutip derma daripada kontraktor dan dimasukkan ke dalam akaun parti. Dakwanya perbuatan tidak salah.
Sambutan 100 hari Pakatan Rakyat di Stadium Shah Alam baru-baru ini tidak mencapai target sasaran iaitu seramai 100,000. Program itu diboikot oleh penyokong PAS kerana Nik Aziz dan Haji Hadi tidak hadir.

Penyokong PAS beranggapan program itu dimonopoli oleh PKR dan bertujuan untukmengangkat Anwar Ibrahim. Kemarahan penyokong PAS semakin bertambah kerana hanya bendera & banner PKR dipasang di dalam & di luar stadium.
Khalid pula menyalahkan PAS kerana cuba sabotaj program tersebut dengan tidak memasang bendera dan tidak hadir. PAS pula dakwa Khalid beri notis satu hari sebelum sambutan dan tiada perbincangan bersama dibuat sebelum ini.

No comments:

Karpal Singh - Singh Is King

Karpal Singh - Singh Is King
mamat ni dah nyanyuk dah.. emm jalan pun dah tak boleh dah.. ada hati nak jadi KING... Samdol ada la.. Muka mcm Dogong Afrika ada pulak keinginan nak jadi King... Baduwa Rascall.... !!!

Wild Dogs !!!!

Wild Dogs !!!!
Memang Bahaya, Memang Liar dan Sememangnya GANAS!!!! ( Kurap pun ada)

DRAGONBALL MALAYSIA

DRAGONBALL MALAYSIA

ROAD TO BUKIT SEMALBAU

ROAD TO BUKIT SEMALBAU
kini filem terbaru arahan Anwar Baba yang memaparkan kisah kehidupan haiwan di Bukit Selambau. Mereka seronok berada di sana sehinggalah kedatangan BaBi ( suara latar Tressa Kok) yang cuba untuk merampas kuasa Singa ( suara latar Anwar Ibrahim) dan mahu menjadi raja di kawasan Bukit Selambau itu. Apakah kesudahannya??? marilah sama-sama kita saksikanya di pawagam yang berdekatan