Followers

Tuesday, May 13, 2008

KEMBALI KEPADA PERJUANGAN BANGSA....



Utusan Malaysia, 10 Mei 2008

PADA 11 Mei, 62 tahun lalu, UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ditubuhkan atas kesedaran memastikan nasionalisme atau ketuanan Melayu dan Islam terus dipertahankan di bumi Melayu ini. Ancaman penubuhan Malayan Union oleh British yang bakal menyaksikan orang Melayu kehilangan hak dan kuasa di tanah air sendiri telah mengumpulkan kekuatan yang membawa kepada pembentukan parti yang menjadi pembela nasib Melayu. Walaupun ditubuhkan di Istana Besar Johor Bahru namun usaha untuk mewujudkan UMNO tidak mudah. Ia tidak lahir di atas dulang emas. Tetapi hasil daripada perjuangan untuk memastikan hak dan ketuanan Melayu tidak tercabar dan sultan serta raja-raja Melayu kekal di takhta mereka. Hasrat Inggeris untuk menubuhkan Malayan Union telah membawa kepada perhimpunan besar-besaran Kongres Melayu Se-Malaya pertama. Inisiatif itu telah dimulakan oleh Persatuan Melayu Selangor dan berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru pada 1 Mac 1946.



Dari situ, satu jawatankuasa dianggotai Datuk Onn Jaafar, Datuk Panglima Bukit Gantang, Datuk Nik Ahmad Kamil, Datuk Hamzah Abdullah dan Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dibentuk bagi menyediakan draf piagam atau Perlembagaan UMNO. Pada 11 Mei 1946 di Kongres Melayu Se-Malaya Ketiga yang berlangsung di Istana Besar Johor Bahru, UMNO ditubuhkan. Ketika itu juga Inggeris terus mengasak dengan penubuhan Malayan Union pada 1 April 1946 yang memberi hak sama rata atas prinsip 'jus soli' kepada semua kaum dengan ketua negeri ditukar daripada sultan kepada presiden. Namun hasil tentangan orang Melayu melalui UMNO, Malayan Union dibubarkan pada Julai 1946 dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Dari situ perjuangan diteruskan hingga membawa kepada kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada September 1965. Tetapi apa yang penting ialah perjuangan UMNO berjaya mengembalikan hak-hak orang Melayu di tanah air mereka dan mengembalikan semula kuasa sultan dan raja-raja. Namun selepas 62 tahun ia ditubuhkan dan setelah 51 tahun negara merdeka, segala susah payah dan pahit getir perjuangan menegakkan hak bangsa oleh UMNO seolah-olah dipandang sepi. Perjuangan UMNO yang menjadi tonggak kepada penubuhan Perikatan hasil gabungan MCA dan MIC dan Barisan Nasional (BN) pada 1973 yang memberi kemakmuran kepada setiap rakyat tanpa mengira kaum kian dilupakan.


Adakah selepas lebih enam dekad berbakti, UMNO kini tidak lagi relevan dalam perjuangan menegakkan hak-hak orang Melayu? Atau, selepas 51 tahun merdeka, nasib Melayu tidak perlu lagi diperjuangkan oleh parti seperti UMNO?
Adakah mereka kini merasakan boleh bersaing sama rata dengan kaum lain terutama Cina walaupun Melayu dan bumiputera di negara ini hanya menguasai kira-kira tiga peratus ekonomi.Pilihan raya umum pada 8 Mac lalu memperlihatkan senario berbeza terhadap sokongan kepada UMNO dan BN. BN kehilangan kelebihan dua pertiga dan UMNO buat pertama kali gagal membentuk majoriti di Parlimen. Tidak tahu apa silapnya, pelbagai pihak meletakkan beban kesalahan itu kepada UMNO. MCA dan MIC antara lain memberi alasan tindakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menghunus keris pada perhimpunan tahun lalu sebagai punca pengundi terutama bukan Melayu beralih arah. Ada pihak melihat itu sebagai tanda UMNO semakin lemah dan semakin hilang kuasa dalam pakatan BN. Malah tindakan berani Pengerusi DAP mempersoalkan siapa penulis titah ucapan Yang di-Pertuan Agong dan keputusan Sultan Perak ada kaitan dengan kelemahan pada parti Melayu itu. Ia seolah-olah mengulangi senario pada 1946 apabila Inggeris merampas kuasa raja-raja dan hak Melayu dengan membentuk Malayan Union. Namun bagi Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, UMNO masih relevan dan ramai masih yakin dengan kewibawaannya dalam memperjuangkan nasib orang Melayu di negara ini. KelemahanCuma beberapa kesilapan dan kelemahan dalam parti Melayu terbesar itu perlu dibetulkan supaya ia kembali berada di landasan sebenar seperti diawal penubuhannya pada 1946. UMNO sebagai teras dalam BN juga perlu memastikan ia terus dihormati. Oleh itu ia tidak boleh dilihat sebagai lemah. Sebarang kelemahan sama ada daripada segi kepimpinan, pengurusan parti, dasar-dasar mahupun apa-apa yang dilakukan selama ini yang menyebabkan rakyat tidak puas hati perlu diatasi segera. Untuk itu kata Muhyiddin, perlu ada gerak kerja bagi bertemu rakyat di peringkat akar umbi untuk mengembalikan keyakinan mereka terhadap parti itu.

"Post-mortem yang telah dibuat mendapati rakyat mahu tindakan segera dilakukan bagi memperbetulkan kelemahan dan kesilapan hingga parti itu ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-12,"

Yang pasti, senario selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 memerlukan orang Melayu terus bersatu. Walaupun Pas mengatakan mereka juga memperjuangkan Melayu dan Islam namun setakat ini parti itu masih belum menunjukkan kemampuan sebenar dalam memastikan hak Melayu tidak terus tercabar. Sikap berdiam diri para pemimpin Pas berhubung isu Karpal mengkritik sultan juga menunjukkan pendirian mereka yang tidak konsisten dalam memperjuangkan isu berkaitan Melayu.

Bagaimana pula dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Adakah nasib Melayu boleh diletakkan di bahu mereka? Bolehkan ia mengambil alih peranan UMNO untuk membela nasib orang Melayu?

Setakat ini hanya UMNO yang telah menunjukkan keupayaan memastikan nafas Melayu terus segar di Malaysia tanpa menidakkan hak kaum lain. Daripada penolakan prinsip 'jus soli' kepada berkuburnya Malayan Union hingga membawa kepada kemerdekaan negara, UMNO membuktikan melalui perjuangannya, hak Melayu tidak diganggu gugat. Oleh itu, pelbagai pihak melihat jika UMNO lemah maka perjuangan Melayu juga akan turut rebah. Tetapi kata Ketua UMMO bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, kerajaan Barisan Nasional (BN) masih mendapat kepercayaan rakyat malah parti itu dan UMNO yang menunjanginya juga tidak goyah.


Bagaimanapun katanya, UMNO terutamanya tidak boleh memandang ringan kepada perkembangan politik masa ini termasuk kemungkinan ahli-ahlinya melompat ke pembangkang. Untuk itu, para pemimpinnya perlu mempunyai hala tuju yang tepat dan sentiasa meyakinkan ahli-ahli supaya tidak sangsi dengan keupayaan dan perjuangan parti. Sebagai parti yang terhasil daripada perjuangan rakyat, pemimpinnya perlu memastikan UMNO terus bergerak selari dengan aspirasi dan keperluan ahli-ahlinya. Untuk itu, adalah menjadi tanggungjawab para pemimpin untuk menyakinkan ahli-ahli bahawa teras perjuang UMNO yang ditubuhkan 62 tahun lalu masih sama dan masih relevan dengan aspirasi bangsa.
@ UMNO Teras Perjuangan -Sang Saka Merah-

No comments:

Karpal Singh - Singh Is King

Karpal Singh - Singh Is King
mamat ni dah nyanyuk dah.. emm jalan pun dah tak boleh dah.. ada hati nak jadi KING... Samdol ada la.. Muka mcm Dogong Afrika ada pulak keinginan nak jadi King... Baduwa Rascall.... !!!

Wild Dogs !!!!

Wild Dogs !!!!
Memang Bahaya, Memang Liar dan Sememangnya GANAS!!!! ( Kurap pun ada)

DRAGONBALL MALAYSIA

DRAGONBALL MALAYSIA

ROAD TO BUKIT SEMALBAU

ROAD TO BUKIT SEMALBAU
kini filem terbaru arahan Anwar Baba yang memaparkan kisah kehidupan haiwan di Bukit Selambau. Mereka seronok berada di sana sehinggalah kedatangan BaBi ( suara latar Tressa Kok) yang cuba untuk merampas kuasa Singa ( suara latar Anwar Ibrahim) dan mahu menjadi raja di kawasan Bukit Selambau itu. Apakah kesudahannya??? marilah sama-sama kita saksikanya di pawagam yang berdekatan