Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Pas dan Bebas. BN yang diwakili oleh Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh manakala calon Pas diwakili oleh Mohd. Abdul Wahid Endut dan calon Bebas diwakili oleh Azharudin Mamat. Pencalonan telah selesai pada pagi tadi dan apa yang sedihnya adalah bagi pihak Pakatan Rakyat terutamanya hanya kelihatan kelibat PAS dan Keadilan berjuang dan cuba berusaha untuk merampas kembali Kuala Terengganu daripada Barisan Nasional. Yang menjadi persoalannya disini dimanakah kelibat DAP yang menyatakan mereka akan menyokong perjuangan PAS dan KEADILAN. Nyata DAP tidak ambil peduli tentang Pilihanraya kecil ini. Mereka secara terang-terang telah menolak perjuangan PAS untuk menubuhkan negara ISLAM!!!
DAP merupakan duri dalam daging di PAKATAN RAKYAT. Mereka hanya mahu memecah belah orang MELAYU supaya mereka dan generasi mereka dapat merampas kembali tanah ini daripada orang melayu. Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat ni.. Masih lagikah mereka mahu menerima DAP dalam Pakatan Rakyat???
shahboy pun TAK PAHAM LAAAAA dengan PAS ni.. masih tak boleh ke mereka lihat lagi apa yang DAP buat kat mereka skarang ni.. Abis penat PAS berjuang di Kuala Terengganu untuk menegakkan pekung Pakatan Rakyat tapi tiba-tiba Geng DAP buat DEKKK ja.. emm Apa dah jadi dengan Pakatan Rakyat..
Pakatan Rakyat kini hanya Ungkapan semata-mata.. Selamat Tinggal Pakatan Rakyat....!!!
SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
1 comment:
out of topic--> maaf dalam isu ini saya tidak berani memberi pandangan. Dalam entry saya sendiri hanya menegaskan tujuan mengundi dari segi fahaman umum umat islam. Walaupun mereka kafir tetapi mereka bukan bangsa israel yang terang2 dilaknat oleh Allah swt dan dinyatakan di dalam al-quran. Maka kite masih dibenarkan berurusan dengan mereka, asalkan tidak keluar dari peganggan islam ataupun mendatangkan masalah kepada masyarakat mahupun agama islam itu sendiri
Post a Comment