KUALA LUMPUR 16 Mac – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyifatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim umpama manusia yang lupa daratan apabila mendakwa Dasar Ekonomi Baru (DEB) gagal memberi faedah kepada orang Melayu.
Beliau berkata, kenyataan Abdul Khalid itu turut bercanggah dengan portfolionya sebagai Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB), yang pernah melaksanakan DEB suatu masa dulu.
‘‘Masa dia laksanakan DEB dulu dia berjaya menjadi ahli korporat yang terkenal dan menolong ramai Melayu keluar dari garis kemiskinan. Sekarang dah dapat jawatan baru (Menteri Besar), dia lupa daratan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohd. Ali diminta mengulas laporan Mingguan Malaysia hari ini yang memetik Abdul Khalid sebagai berkata, PKR berpendapat DEB yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak memberi kebaikan kepada seluruh rakyat.
Mohd. Ali yang juga Ketua Menteri Melaka menambah, kenyataan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu juga ibarat menghina dan tidak menghormati bangsa Melayu.
‘‘Dia berani berkata demikian selepas ‘berkawan’ dengan DAP sekarang,” ujarnya.
Sementara itu, bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Sabaruddin Chik berkata, beliau langsung tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Selangor itu kerana DEB nyata telah menaikkan taraf ekonomi orang Melayu sejak ia dilaksanakan bermula 1971.
‘‘Abdul Khalid sendiri adalah antara produk DEB. Jika tidak, beliau tidak akan berada di kedudukannya sekarang dan hidup mewah,” jelasnya
Ramai lagi aktivis-aktivis pembangkang yang telahpun hidup mewah hasil daripada kejayaan DEB.. apa lagi yang mereka hendak cukup lah sekadar mereka sahaja yang berjaya dengan DEB dan sahabat yang lain hanya duduk diam dan buat apa yang mereka suruh... macam ni ke orang melayu sekarang "habis madu sepah di buang"... dah nasib badan....
@ pejuang yang tahu menghargai jasa....
No comments:
Post a Comment